Feed on
Posts
Comments
Print This Recipe Print This Recipe

Kalau ada masa di hujung minggu bolehlah masak resipi-resipi ni. Macam kami di sini, kalau rindu masakan Malaysia ala-ala nasi kandar ke, resipi macam kat bawah bolehlah menjadi pengubat rindu.. kadang2 tu tak sempat nak tunggu hujung minggu pun… :D

Spiced Basmati and Nut Rice

  • Spiced Basmati and Nut Rice1 1/4 cawan beras basmati
  • 2 camca besar minyak/mentega
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 biji bunga cengkih
  • 1/2 cawan hirisan badam
  • 2/3 cawan kismis
  • 1 sudu teh garam
  • 2 camca besar daun ketumbar yg dipotong
  • 1/2 cawan gajus
  1. Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kayu manis, pelaga dan cengkih sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras, badam, kismis dan gajus dan kacau sehingga sebati (lebey kurang 10 minit).
  3. Tambah 500ml (2 cawan) air dan garam dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan di dalam rice cooker dan biar sehingga masak.
  5. Bila dah masak, gaulkan dengan sedikit bancuhan air kunyit (utk bagi warna kuning pd nasi). Gaul kan pula hirisan daun ketumbar sebaik sebelum dihidangkan. :)

Kurma Ayam

Kurma Ayam

  • 6 ketul ayam
  • 2 labu bawang besar (sederhana saiz), dicincang kecik2
  • 1 cili besar, dihiris
  • halia sebesar ibu jari, dicincang
  • 2 camca besar hirisan daun ketumbar
  • satu tin, 400gram kacang kuda
  • Sedikit minyak utk menumis
  • 1 camca besar butter
  • 150 gram paste kurma (saya guna brand Santa Maria)
  • 400ml santan
  • segenggam hirisan badam
  • 2 camca besar serbuk kelapa kering (optional)
  • sedikit gajus
  • garam dan gula
  1. Panaskan minyak dan mentega. Tumis bawang, cili, halia dan daun ketumbar sehingga perang dan naik bau.
  2. Masukkan paste kurma, santan, badam, gajus, kacang kuda, serbuk kelapa dan ketulan ayam. Kacau sebati.
  3. Tambah 1 1/2 cawan air atau mengikut kepekatan kuah yg disukai. Tambah garam dan gula, kacau sekejap. Biarkan mendidih dan perlahankan api.
  4. Sekiranya kuah kelihatan kering, tambah air mengikut keperluan. Tutup periuk dan biar kurma di masak selama 30 minit atau sehingga ayam lembut. :)

Dalca Sayur

Dalca Sayur

  • 100 ml minyak
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • Jintan manis dan jintan putih
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 1 camca besar daun kari
  • 2 labu bawang putih dihiris
  • halia bersaiz ibu jari, ditumbuk
  • sedikit isi ayam
  • sebiji terung dipotong
  • 1 batang carrot dipotong
  • sebiji tomato dipotong 4
  • 1 biji ubi kentang dipotong
  • rempah kari daging-secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Tumis  kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, jintan sehingga naik aroma.
  2. Masukkan bawang besar, daun kari dan sebiji tomato dan gaulkan selama 1 minit. Masukkan ketulan ayam, bawang putih dan halia dan gaulkan selama 1 minit.
  3. Masukkan 900 ml air dan garam secukup rasa. Biarkan selama 10 minit.
  4. Masukkan ubi kentang dan serbuk kari daging dan biarkan mendidih sehingga ubi kentang empuk.
  5. Masukkan sayur2 dan biar sehingga lembut. Sedia utk dihidang. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Responses to “Edisi Istimewa Untuk Hujung Minggu”

  1. suzi says:

    wah! sedap tu…sajian lengkap. blh ubat rindu…

  2. hana says:

    cedapnyer tengok set mamam nih!! ado laie tak ijan??

  3. Cool&Easy says:

    Tq sudi jalan2 kat my blog..Blh je nak link my blog kat urs blog;D Sapa nama ni ek??

  4. mimi says:

    ijannnn akak nak tapau nasik tu tapau semua yer hihihihi

  5. kakasma says:

    ijan,,,
    suka nyer tengok menu ijan nie..senang yer dpt bahan kat findland nie..cayalah..nnti bile senang nak try buat laa..

  6. Blog Resipi says:

    Kak Suzi, Kak Hana, Kak Ain & Kak Mimi- Jomlah makan..ada lagi ni..nak buat breakfast plak..hehe :)

    Cool&Easy-Thanks for visiting my blog. Boleh panggil Ijan je… :)

  7. cikmanggis says:

    wah..sedapnya set nasi,kurma dan dalca ni…

  8. zana says:

    jln mlm..msk sendiri lagi sedap.. semua boleh boh extra..ujung2 mggu kat mesia nih sibuk gi jemputan kawin.. mkn free..msk kawah..tak sedap..kihkihkih..tak baik tul kak zana ni ek..

  9. iu says:

    ee… sedapnyaaaaaaa

  10. ain says:

    complete hidangan ni ijan. rajin betul!!! akak nak tompang makan..boleh..???

Leave a Reply

CommentLuv badge