Feed on
Posts
Comments
Print This Recipe Print This Recipe

Hari ini kami di blogresipi mengambil kesempatan menulis tentang arah tuju mahasiswa dan graduan selepas tamat belajar di universiti. Tips yang ditulis ini adalah berdasarkan pengalaman kami sendiri.

Seperti yang kita sedia maklum, bagi kebanyakan pelajar tahun akhir, semester hadapan adalah semester terakhir di universiti. Selepas berjuang menuntut ilmu selama tiga atau empat tahun di universiti, maka tamatlah sudah satu episod yang agak panjang dan masing-masing sedang berfikir tentang mencari rezeki pula.

Semasa kami di final semester dahulu, kami mendaftar di laman web SPA bagi peluang-peluang kerja dalam perkhidmatan awam. Seelok-eloknya daftarlah sebaik sahaja habis final exam. Ini bagi menjimatkan masa menunggu panggilan dan besar kemungkinan anda akan dipanggil untuk peperiksaan bagi kakitangan awam lebih awal. Harus juga diingat hanya mereka yang lulus peperiksaan JPA sahaja yang layak untuk dipanggil temuduga.

Tips kedua bagi para mahasiswa ialah dengan mendaftar sebagai calon PTD. Saya pernah dipanggil untuk ke peperiksaan PTD dan berjaya lulus peperiksaan dan dipanggil ke peringkat kedua di INTAN. Tapi kerana pemilihan PTD adalah sangat ketat, kurang kemahiran berbahasa Inggeris dan gagal pula ujian kecergasan menyebabkan saya tidak layak untuk ke peringkat selanjutnya. :)

Jadi sekarang anda sudah tahu ada dua peluang bagi anda mencari rezeki selepas habis belajar. Jangan risau walaupun ekonomi negara belum pulih sepenuhnya, tapi pengambilan kakitangan awam tetap berjalan seperti biasa.

Peluang ketiga pula ialah dengan memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah atau KPLI. Saya layak yang ini dan selepas setahun di maktab anda akan bergelar seorang guru. Yang menariknya ialah semasa masih belajar KPLI lagi anda sudah diberi elaun yang agak lumayan juga. Memang seronok dan cepat benar masa berlalu. Duit elaun pun habis cepat juga. :D Untuk maklumat lanjut mengenai KPLI bolehlah rujuk di laman web KPM.

Jika ketiga-tiga peluang di atas bukan pilihan anda, masih ada lagi option lain untuk mencari rezeki. Sebagai contoh, Ijan meneruskan pengajian Master di USM Kelantan. Rebutlah peluang ini jika anda masih bersemangat untuk belajar dan biasanya anda akan diberi sedikit elaun oleh pihak universiti sebagar Graduate Assistant atau mendapat gaji dari pensyarah yang menyelia anda. Rujuklah link yang diberikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang berapa elaun yang anda dapat sebagai GA dan syarat-syarat kelayakannya.

Jika anda tidak lagi minat belajar, boleh cuba peluang yang kelima iaitu memohon untuk bekerja dengan perkhidmatan swasta. Gaji pun menarik dan pelbagai insentif diberikan oleh syarikat. Yang penting kerana rajin-rajin mencari peluang dan membaca iklan-iklan jawatan kosong. :)

Yang terakhir ialah mencipta sendiri pekerjaan untuk diri anda. Caranya ialah menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Cuma perlukan modal dan daya tahan yang tinggi untuk memasuki dunia perniagaan yang agak kompleks hari ini.

Selain itu, cubalah sesuatu yang berlainan. Think out of box. Ada pelbagai peluang yang kita tidak tahu. Jadi sentiasalah berdamping dengan individu yang berjaya dan kongsi-kongsilah maklumat yang bermanfaat sesama kita.

Anda pun tentu ada tips dan peluang yang berlainan daripada apa yang kami tulis. Jadi kongsi-kongsilah di sini ya. Boleh kita buat sebagai panduan untuk kawan-kawan kita yang akan habis belajar tidak lama lagi. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Responses to “Tips Jawatan Kosong Dan Peluang Mahasiswa Lepasan Universiti”

  1. zaiy says:

    zaman skrg mmg kena bersaing nk dapatkan pekerjaan, kadang2 sesiapa yg ada kroni pun diberi keutamaan. nak dapatkan kpli pun bukan main susah lagi, akaklah salah sorang drpnya, kali ke5 mohon baru dpt! tu pun mcm2 ujian dia buat, nasib baik akhirnya bjaya juga. tapi tidaklah akk menganggur selama itu, akak mmg dh bekerja di swasta cuma rasa nak tukar pekerjaan jd cikgu..hehe

  2. Kak Tie says:

    Jadinya… Ijan masih belajar atau bekerja di finland tu ? Kak tie masih tak faham-faham lagi laa….

  3. ain says:

    info yg bagus ni utk mereka2 yg akan habis belajar nanti!!!

  4. hafizmd says:

    salam ziarah..
    1st time nie..saye rase tips kt atas tula yg saye amalkan bile hbis grad 3 thun lepas..mmg bgus entri ni utk sesape yg rajin cari bgaimana nk survive dlm dunia kerje yg penuh saingan. Mungkin lepas ni, pn ijan boleh kuarkan tips bagaimana mahu jadi pekerja yg berjaye pulak…hihi…

  5. gerau says:

    Kak gerau tau. Kalau info cam ni, mesti Encik Faiz kita yang berikan. Cik Ijan pi kelas ya. Cik Mikael? Apa cerita cik Mikael gaknya. Dah ok? Tak merengek nak dukung lagi?

  6. saya lepasan spm and ada transkrip diploma dan sedang belajar untuk last sem.. macam mana nak dapat keje?? susahkan.. hrmm.. mesti level spm je gaji.. walaupun diploma lagi skit je nak abis.. :(

    • blogresipi says:

      Rabiatul Adawiyah ada peluang untuk sambung study di peringkat Ijazah selepas tamat diploma. Dengan cara ini awak akan dapat gaji level Ijazah bila habis belajar nanti. Lagipun Ijazah hanya ambil masa 3 tahun.

      Sekarang kerja sementara ke?

  7. sekarang keje full time kat HQ 7e.. Tapi macam biasa la.. 7e gaji kecil je.. Nak fight pun macam serba salah.. sebab cuma transkrip je.. hehe..

    • blogresipi says:

      Eloknya sambunglah belajar ke peringkat Ijazah kalau keadaan mengizinkan. Nanti peluang lebih banyak dan gaji lebih besar. Invest another 3 years to study for a greater future.

  8. kak jue says:

    salam,

    saya terpanggil utk komen entry ni sebab ijan did mentioned about ptd.
    I'm 1 of them. Memang diakui memang susah nak lepas tapisan utk berjaya.
    tapi, tak salah utk mencuba. Jgn pula takut.
    Bila dah berjaya terpilih, kerjaya sebagai ptd tidak semudah yg disangka. sebab itu proses pemilihan sangat teliti, termasuk mengambil kira physical fitness. IQ saja tak boleh melayakkan seseorg menjawat jawatan ptd.
    I didn't knew u tried it before. What u mentioned is true.

    • blogresipi says:

      Terima kasih kak jue atas komen. beberapa orang kawan kami yang dah bergelar PTD pun menceritakan perkara yang sama. Boleh dikira temuduga bagi yang short-listed selepas kursus Intan dan kursus DPA yang begitu mencabar. :)

Leave a Reply

CommentLuv badge

Switch to our mobile site