Print This Recipe
Baru-baru ini kami telah menulis tentang Innity yang menjadi saingan Nuffnang dalam dunia pengiklanan blog negara. Walaupun Innity lebih awal bertapak di Malaysia (amanz.net) namun kehadirannya kurang dirasai berbanding Nuffnang. Ini kerana syarat yang dikenakan kepada blogger adalah lebih kompetitif berbanding Nuffnang yang hanya mengenakan syarat minima.
Mari kita tengok syarat-syarat Innity

Websites must have a minimum of 15,000 pageviews per month on average.
Websites must have a minimum of 3,000 unique visitors per month.
Websites must be rich in quality content and will be updated frequently.
Websites must be hosted under a root domain. No sites hosted on free providers will be considered.
Websites must NOT contain, produce or link to profane and/or adult content of any kind.

Syarat-syarat Nuffnang pula lebih mudah dan tidak membebankan. Setup blog anda di blogspot dan daftar dengan Nuffnang. Selepas itu boleh terus mula meletakkan kod Nuffnang di blog anda.
Selain daripada blogspot, Nuffnang juga boleh diletakkan di platform blog yang lain seperti xanga, tumblr dan tabulas.
Pendapatan
Perbezaan kedua ialah berkenaan cara kedua-dua syarikat mengemaskini pendapatan blogger. Innity mengemaskini pendapatan secara real time. Anda boleh login bila-bila masa ke akaun Innity masing-masing dan boleh melihat pendapatan yang meningkat setiap jam (kalau trafik ke blog sentiasa tinggi).
Nuffnang pula mengikut pengalaman kami akan update pendapatan setiap dua minggu. Mungkin kekerapan update Nuffnang earnings adalah berbeza bagi setiap blogger.
Minimum cashout untuk kedua-dua platform adalah sama iaitu RM50.
Format Iklan
Innity menawarkan format iklan yang jauh lebih pelbagai berbanding Nuffnang. Anda boleh rujuk di sini untuk melihat variasi iklan yang boleh dipaparkan oleh Innity. Manakala Nuffnang buat masa ini hanya menawarkan 3 format iklan iaitu leaderboard, rectangle dan skyscrapper.
Komuniti
Komuniti Nuffnangers boleh dikatakan antara komuniti bloggers yang aktif juga. Nuffnang banyak menganjurkan program, seminar dan melibatkan bloggers di dalam pelbagai aktiviti mereka. Sebab itu kita dapt lihat beberapa orang bloggers terkenal terpilih sebagai duta Nuffnang. Jika anda bernasib baik, anda akan dijemput ke blogger outings, networking sessions dan sponsorship for blog related events. Blog anda juga mungkin dipaparkan dalam website Nuffnang sekiranya anda terpilih sebagai Featured Blogger of the Month.
Manakala bagi Innity, masih belum ada aktiviti yang signifikan antara para bloggers yang menjadi publisher Innity. Dicadangkan pada masa hadapan Innity boleh mengadakan event tertentu dan menjemput para bloggers untuk menyertainya.
Kesimpulannya kedua-dua platform pengiklanan di atas adalah baik dan mampu memberikan pendapatan tambahan kepada para bloggers. Jika anda ada dua blog yang mempunyai rating dan trafik yang tinggi, bolehlah gunakan Innity untuk satu blog dan Nuffnang untuk blog yang kedua.
Diharapkan kawan-kawan dapat menambah pengetahuan daripada artikel ini. Jika ada apa-apa pertanyaan atau komen silalah tulis di bawah.




ouhh. tak berminat la nak letak iklan.
tak leh ke kalau x letak dapat duit? hehehe
xD
hehehe
btw kalau boleh nak tau lagi pasal Finland. makan je nanti bertambah saje berat
Review yang bagus…Dah lama saya nak tahu pasal Innity ni…Earning Innity cam ne =)
hehe..bagus gak benda nih. Kene tunggu blog aku tu banyak trafik dulu..
Err…
Kak tie tak tahu pun benda-benda gini.
Kak tie minat makan je, ekekeke…………….
ramai dah yang cuba innity sekarang. Bagus. bagus..
saya pun dah simpan iklan innity kat blog saya yang satu ni.. http://percuma.cc/6b
lom cukup sebulan lagi. Insya-Allah, akan lepas rm50 tu kalau perancangan menjadi..
Sekarang ni innity dah ketatkan syarat untuk pendaftaran sebagai publisher.
Websites must have a minimum of 30,000 pageviews per month on average.
Websites must have a minimum of 6,000 unique visitors per month.
pernah berinnity selama 2minggu.
masih menunggu pembayaran..
ini dah bulan ke 3…huhu
ingatkan blog resepi sahaja tadi
tapi pasal benda lain pun ada
apapun saya lebih prefer nuffnang