Pak Tongko a.k.a Kuih Cakoi

26 Dec

Lama teringin nk buat kuih ni tp asik tangguh sebab takde mak nenek tawas ngan ammonia tue. Baru2 ni tengok Kak Rus buat tak letak bendalah tu pun menjadi juga. Kite pon buat juge… rasa cakoi tu ada, cuma mungkin tak selembut cakoi original. Apapun, kami puas hati dapat makan ;)

Time kacihh Kak Rus bagi idea ni… Jom makan dengan sardin versi jimat. hehe

Resipi Pak Tongko a.k.a Kuih Cakoi

  • 2 cawan tepung roti(kak rus tambah sikit lagi dan guna tep. gandum shj)
  • Lebih kurang 1 cawan air(masukkan sikit-sikit semasa mengadun)
  • ¼ sudu kecil instant yeast
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • ¾ sudu kecil tawas (alum/potas)-tak  letak
  • ½ sudu kecil baking soda
  • ½ sudu kecil ammonia atau Nutre Powder- tak letak
  • 1 sudu besar minyak
  • Minyak utk menggoreng
  1. Masukkan semua bahan2 ke dalam mixer, guna pemutar dough. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari mixer. Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.
  2. Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm, biar rehat selama 10-15 minit lagi.
  3. Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dgn mengunakan lidi sate tekan memanjang.
  4. Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah2 sekali lagi dgn lidi sate. Buatlah hingga selesai
  5. Pegang kedua-dua hujung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Goreng sehingga perang keemasan.
  6. Doh ni agak lembut, kena taburkan tepung banyak. Doh yg betul2 naik, senang nak ditarik. Boleh buat saiz besar sikit jika guna kuali yg besar.
  7. Kite tak guna cara di atas. Cuma roll dough, lepas tu potong petak petak ikut saiz yang digemari dan goreng dlm minyak panas :)
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Kerepek Gunting @ Kuih Gunting
  2. Kuih Butir Nangka
  3. Kuih Keria Keledek

36 Responses to “Pak Tongko a.k.a Kuih Cakoi”

  1. Kak Tie 25. Dec, 2009 at 10:56 pm #

    Kak tie tak pernah buat kuih cakoi ni.

    Cuma tahu makan je, hi hi..

    • blogresipi 26. Dec, 2009 at 12:46 pm #

      kalau beli lagi senang kak tie… buleh ngap ditempat ejadian je.hehe

  2. Kakintan 25. Dec, 2009 at 11:19 pm #

    salam, wah mmg besar dapor baru ni ya…lagi best, he..he…Kak intan pun tak pernah buat chakoi ni
    selalunya kalau nak makan main beli je…

    • blogresipi 26. Dec, 2009 at 12:47 pm #

      renovate cikit2 kak intan. harap2 akak tkde masalah nk masuk ye :)

  3. Hazila 26. Dec, 2009 at 12:45 am #

    Ijan, cakoi cicah dengan srikaya pun sedap….. .

    • blogresipi 26. Dec, 2009 at 12:47 pm #

      emmm, sedap gak tu kak hazila. tp sto kaya kite tkde la ;p

  4. Kak Noorma 26. Dec, 2009 at 12:53 am #

    dh lama tak buat…asyik beli jer..lagi senang…walopun ammonia dan tawas tu mmg ada..

  5. mamahawa 26. Dec, 2009 at 12:59 am #

    Mama nmpk jugak kat rumah kak Rus…Ijan dah buat dah! Nmpk mcm sedap lah Ijan :P
    Cicah ngan air kopi panas2 sedap tuuu…..

    • blogresipi 26. Dec, 2009 at 12:49 pm #

      tu la. kite pun mkn sambil minum kopi panas.. best :)

  6. Chik mi 26. Dec, 2009 at 2:09 am #

    Ijannnn wah dah jalan dulu ye hihihi,Encem ler anak sedara chik tu ciom sikit kat encem boy tu

    • blogresipi 26. Dec, 2009 at 1:00 pm #

      Boleh… kisses dari Mikael untuk Chik juge :)

  7. Kak Watie 26. Dec, 2009 at 4:01 am #

    Nak jugak…tengah malas2 ni!!

  8. Kak Fae 26. Dec, 2009 at 4:14 am #

    k fae penah buat dolu2… tp masyaallah, keras kelekung!! hehehe….masa tu mula2 belajaq main masak2 laa…kekononnye cam senang je nak wat pak tongko nih…alih2 lain pulak jadiknye… hahaha, so smpi skrg k fae takut nak wat pak tongko nih! takut kes lama berulang lagi…kahkahkah….alasan….

    • blogresipi 26. Dec, 2009 at 1:07 pm #

      hehehe.. ite kalau ade gerai jual pak tongko ni memang tak buat la kak fae. dok sini macam2 pula mengidam nk makan.nak tak nak kena masuk dapur buat sendiri la nampaknye :D

  9. MamaFaMi 26. Dec, 2009 at 5:50 am #

    Dah lama tak buat cakoi ni… makan panas-panas sedaplah…

    • blogresipi 26. Dec, 2009 at 1:07 pm #

      best ye Mama makan panas2. dah sejuk keras la pulak.hehe

  10. love2cook 26. Dec, 2009 at 7:04 am #

    Ijan…I loveeeeee cakoi!!! kekeke…tapi tak pernah buat…beli jer!…Want some of urs…pleaseeeee!

    psst..My FF crashed one time when I was opening ur page…then I tried again, okey plak! Adeyyyy! But no matter what…I'll keep trying to enter ur house! hehehe… ;)

    • blogresipi 26. Dec, 2009 at 1:08 pm #

      Thanks Love for keep coming. Hopefully u wont have anymore problems loading blogresipi afterwards… :)

  11. ummi 26. Dec, 2009 at 7:13 am #

    Makan cakoii je Ijan? Nak maintain ke..heheee….nnt msti kalah dgn Mikael nnt..hehe, Mamanya makan cakoiii jek..ala ciaaannn..hehe

    • blogresipi 26. Dec, 2009 at 1:16 pm #

      hehee.. cakoi tu supplement je kak ummi. ade lagi makanan utama.kihkihkih

  12. Hajar 26. Dec, 2009 at 8:34 am #

    Salam…wahhh, bestnya tgk cakoi nih, lama tak mkn…lapar lak tengok tambah2 taim ujan kat luar ni :D
    P/S: anak akak suka tgk mikael, dia kata 'comelll ler baby '

    • blogresipi 26. Dec, 2009 at 1:16 pm #

      hujan2 makan cakoi ngn kopi o best tue :) psst, mekacih kak :)

  13. nesca 26. Dec, 2009 at 11:58 am #

    aaaaaa cakoi!!! dah la tengah hujan kat luar, perut lapar!

  14. knightblogger 26. Dec, 2009 at 11:21 am #

    hehe..nak sket..

  15. samanosuke_04 26. Dec, 2009 at 1:54 pm #

    ish, mane nak cari yeast tue rr? bukanke bende tue menatang? HAHA!

  16. AlongRoz 26. Dec, 2009 at 3:34 pm #

    Wah, org Finland pun boley wat kueh cakoi…bukan senang tau… Along beli je lah…kikiki

  17. McKantin 26. Dec, 2009 at 3:59 pm #

    apasal tak oleh masuk pulak?

  18. McKantin 26. Dec, 2009 at 4:01 pm #

    eh eh dah boleh pulak, pelik pelik….well, Mc baru beli cakoi tadi kat pasar malam

  19. ermayum 26. Dec, 2009 at 6:01 pm #

    suka cakoi makan cam cina tu cicah sup – hmm lapar la pulak memalam ni hhehe

  20. fa10 26. Dec, 2009 at 5:42 pm #

    zaman kecik2 dulu panggil roti goreng jer… teringin pula nak makan cakoi cicah kastad, tp x der tawas dan ammonia tu…

  21. damiqula 28. Dec, 2009 at 4:32 am #

    serius tak tau leh makan cakoi ngan sadin.bese gi kedai die kasik cicah kaya home made kaler ijo hehe

  22. naim 29. Dec, 2009 at 8:41 am #

    eh2..kite nye theme same la..cantik theme ni.haha.em..klu aku nak try mkan cakoi ngan sambal belacan??

Leave a Reply