Print This Recipe
Kami menerima email dari kawan-kawan yang berminat untuk meletakkan iklan di blogresipi.
Jadi pada posting kali ini kami mengambil peluang untuk menjawab beberapa persoalan mengenai terma pengiklanan di blogresipi.
Blogresipi menawarkan iklan bersaiz 125 x 125 dan 1 iklan ekslusif 300 x 250 kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Iklan Saiz 300 x 250

Iklan Saiz 125 x 125
Dengan ruang iklan yang ada, rakan-rakan bolehlah mengiklankan produk, blog, peluang perniagaan dan perkhidmatan di blogresipi.
Harga bagi iklan bersaiz 125 x 125 ialah RM30 sebulan atau anda boleh tempah selama 3 bulan dengan hanya membayar RM60 sahaja.
Harga iklan bersaiz 300 x 250 pula ialah RM50 sebulan atau tempahan selama 3 bulan hanya RM100 sahaja.
Bagi tempahan selama 3 bulan, anda diberi satu posting percuma pada hari yang dipersetujui untuk dipaparkan di blogresipi. Lebih-kurang macam advertorial gitu-gitu. Anda boleh tulis posting berkenaan dan emailkan pada kami untuk dipaparkan.
Kami juga bersedia menerima cadangan format lain pengiklanan daripada kawan-kawan. Mungkin ada yang mahu letak iklan di dalam posting macam kotak hijau Innity atau di header blogresipi. Sila hubungi kami di contact form untuk perbincangan.
Sekian, terima kasih.




bagus2!!!… medium yg sgt baik utk jana pendepatan mama n daddy n mikael… sikit2 lama2 jd bukit hehehehe… chaiyok! (^_^)
kami cube dulu finie. kalau ada yg berminat, alhamdulillah
salam Ijan,
peluang bagus tu. nanti2 akak bincang ngan Hubby dulu ya.
salam Nur,
terima kasih. kalau Nur nak tanya ape2 boleh hubungi kami ye
huhu. bagus tu. mana tau ada yg berminat nak beriklan..
ye, harap2 macam tu la
ekau ni banyak sangat website lah, eden konpius… kan dah sampai jadik orang negeri sembilan pulak ha, hehe… [ampun tuanku, patik masih bangsa johor]
hahahaha… saje bikin tambah. alih bahasa je.kuikuikui
wooo, menarik offer.. leh try gak.. kalo bleh bgtau trafik blog nie cane.. berminat gak nie.. lebih2 lagi pasal freepost kat blog nie satu, hohoho!
menarik ni..konpem ramai berminat nak beriklan..hehehe