Feed on
Posts
Comments
Print This Recipe Print This Recipe

Nasi mandhi bersama kambing mandhi. Bagus kambing kuopio ni. Tak takut air. Kambing di Malaysia lain ceritanya. Semuanya agak malu-malu dengan air.

Lama simpan resipi amik kat umah Kak Ummi nie… Maklumler asal jauh nun di Arab Saudi. Resipi asal datang dari Puan Raidah. Memang berbaloi-baloi masak nasi ni.. sedap betul.. terima kasih kakak-kakak semua.. mintak izin kongsi resipinya kat sini ye :)

Walaupun namanya vogue, tapi nak buatnya senang aje. Tak perlu bahan2 istimewa pon. Resipi asal guna ayam, tp kite ketandusan ayam, guna kambing… alhamdulillah sedap juga walaupon kering cikit pasal terlebih bakor. Licin kami duorang belasah semua. heheh

Kalau nak tengok gambar ayam mandhi, boleh tengok kat rumah Kak Ummi, Puan Raidah dah Mamasya ye… Memang mengancam ler.. :)

Resipi Nasi Mandhi, Ayam Bakar dan Sos

Resipi asal dari Puan Raidah

Cara Penyediaan Nasi Mandhi

  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya – **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Cara Penyediaan Ayam Bakar Untuk Nasi Mandhi

  • 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )- Akak pn letak rempah kari mcm Mamasya gak..
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 biji lemon ~ dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Aluminium foil.
  1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250′c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas. **suhu oven tak sampai 250′c, jadi bakar suhu 220′c selama 1 jam…kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit…tu yg nampak sikit2 hitam….
  4. (untuk kambing, kite cuma bakar tak sampai sejam, bila nampak air dah kering dah daging dah lembut, kite tutup oven. Lebih kurang 30 minit gitu)

Cara Penyediaan Sos Untuk Nasi Mandhi

  • 1 biji tomato ~ hiris
  • 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.
  1. Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Nasi Kari Daging
  2. Nasi Bukhari dan Ayam Masak Hitam
  3. Nasi Portugis & Spiced Lentil Soup

33 Responses to “Nasi Mandhi Abu Dhabi”

  1. Ika says:

    salam ijan! kita sejak dah rasa nasik2 mcm nikan, sedap pulak! dan akn carik lg resepi2 nasik2 mcm ni sukelah! sedap kan :D nanti nak try yg ni pulak yg makan tu mandhi tak? hihihi….. :D lwnkan dgn acar ke haih! xtra sedap xtra terangkat lah! bak sesenduk jan :D

  2. kakintan says:

    salam Ijan….nasi ni makan dengan ayam masak merah pun sedapkan?

  3. sakura>emi says:

    best ni..wah penuh pinggan tu..spe yg mkn tu yer..hulur2 la sikit nak rse gak

  4. nur says:

    Salam ijan,

    ramai yg dah mencuba resipi ini…knur pun teringin juga
    nak merasa nasi ini tapi belum ada kesempatan nak memasak
    nya…tingat kat mamasya yg mulai dulu resipi ini..dah
    lama fotopage dia tak berupdate.

    Yang Ijan masak ni pun nampak sungguh menyelerakan,ini
    yg meguji tekak…terliur dah ni.

  5. lee lin says:

    oh tidaaaakkkk! (kita pernah try tapi tak sedap macam arab buat kat kedai, i’ll leave it to the experts lah)

  6. maz says:

    waaa dah smpai finland ye nsi mndi pak arab tu…sib baik lidah kmaz ni masa ada rasa nsi mndi bahrain lagi..hihi..

  7. Love2cook says:

    Sedapnya tengok nasi dan kambing mandhi tu Ijan! Uish uish…make me drool je! uwaaaaa :(

    Kisses to Mikael! ;)

  8. ummi says:

    Salam Ijan, dah mandi ke belum??? Hehee….nak makan nasi ni make sure dah mandi tau, baru berselera dan terasa ke”Mandhi”annya…hehee…sedap kan..tp akak rasa nak lg laaa..ada lebeyyy x? ^_^

  9. k.zai says:

    sib baik dah pernah wat aritu…kalau x..ngences gak tgk kat dapur org finland ni…kamben kat sana murah dan senang dpt ye ijan…
    ijan..ngancamnye tgk kek dan tiramisu kat bwh tu..

  10. Hazila says:

    Siap buat dalca lagi tu. fuhhhh tabik spring sungguh.

  11. DrSinga says:

    mandi tak basah…

  12. zarin says:

    owh! harus i cuba buat ni :D
    asyik makan kat kedai je…tk boleh tahan ni, jeles tengok awak makan nih :D

  13. Somuffins says:

    Salam..

    Nasi mandhi ni ada dijual di Subang Jaya, kebetulan restoran tu milik jiran. Versi restoran tu, nasinya warna kemerah2an kerana diorang guna air rebusan kambing + tomato untuk memasak nasi. Satu aje rasa pelik sikit tentang sos yg diorang sediakan sebab bila lidah makan makanan arab, tetiba sos ada bau/rasa belacan … tak in sync kan?

  14. fmina08 says:

    wah!! org finland wat kenduri yek…mikael bsunat ke?? ns mandhi bagai..ada dalca..ekekekeke…

  15. kak ina kl says:

    salam ijan..akak dah pernah buat dah..memang sedap..

    ooo belum tempah tiketlah lagi..agak-agak bulan berapa nak balik?

  16. Kak Tie says:

    Ooo… one of my favourites !!

    Hari tu balik klate masak nasi mandhi ni laa… bukan main suka lagi mentua, hehe.. memang best !

    Kak tie belum cuba guna tambeng lagi.. kat sini susah nak dapat laa.. nanti cuba nak bodek mentua, untung-untung dapat biri-birinya buat mandhi, ekekeke……..

  17. nurindah says:

    salam Ijan,
    bags betul ijan mandhikan kamben ni. pak arab tegok mesti jeles ngan kamben bakar tuh. tak jadi wat ayam bakar. kamben tu bakar suhu brape? saya tak penah bakar kamben, fikir liat2 cam daging lembu. or, rebus dulu ke? :)

  18. 14sept says:

    wahhh!! bermandhi manda ya kamben tuu.. kikikiki! tumpang makan tgh hari. daging kasik lebehh!!

  19. arin says:

    kamben tuh yang tak tahan…slurrp!

  20. ngeheeee.. bangun pagi, blog hopping.. nampak resepi nie.. lapar….

    brekfast jap!

  21. sedap ni masak dengan rendang.

  22. cikmanggis says:

    salam ijan..kita suka makan nasi yang agak kering..yg agak agak hampir tercekik gitewww…pastu tepuk tepuk dada hihi

  23. mknace says:

    :) :) :) sharing is power
    thanks for sharing this
    nampak sangat menyelerakan
    gambar pun well taken

  24. sha says:

    pernah dgr je nasi ni tp blum ade kesempatan utk try lg..

  25. ain says:

    salam ijan. lama akak tak jenguk sini. ada ns mandhi. bestnyaa!!! terigt mkn ns mandhi kat doha. sedappp!!!

  26. sue@nenie says:

    Salam Ijan…Wahahaha…kalo akak yang buat nasi ni kompem kena skip tang tanam arang tu….Kut kut nanti kompem kena makan sowang²….Pasal yang sowang lagi tu sah² susah nak terima makanan yang pelik² ni…..

  27. cikgu zam says:

    salam kak, ape khabar, sihat semua ke family/ terima kasih di atas cadangan yang diberikan terhadap kesulitan yang sedang saya hadapi…

  28. kak gerau says:

    Kalau sekarang, err pukul 9.30 nak pi Kuopio pukul berapa boleh sampai?? err nanti panaskan nasi tu heh…kita datang tau…jangan kasi Mikael tidur…

  29. ummi says:

    Salam Ijan..hehe..akak bwk nasi kebuli ni, nak tak..? Akak dah tepek semula gambor Nasi Mandhi tu..maybe akak delete sekejap masa nk kecilkan ruang tuk kes xleh upload dulu..lupa nk letak semula..tu dah ok..hehe

  30. hehe kambing pun mandi ek… nampak sedap la nasi mandhi ni… btw tu tulip fresh ke? cantiknya..

  31. wazy says:

    wahh sedap ni bro heheh

  32. ini yang nak cari nasi malam-malam cam gini..

  33. Fazilah Salehuddin says:

    What a delicious recipe of Mandhi rice. Ive been looking all over for it. Thank god. Alhamdulillah. My beloved hubby gave me the most loving smile once he entered the house. After such a stressful day work, he was happy with the meal.(NOSTALGIA AT MAKKAH.) I just cant believe it to get it form the net. THIS IS AMAZING. GENUINE RECIPE. IT IS REALLY FROM THE HEART. THANK YOU SOOOOO….. MUCH. I’LL BE COOKING FOR MY FAMILY: KENDURI: THIS FRIDAY. FOR A BIGGER PORTION. WISH ME LUCK.

Leave a Reply