Feed on
Posts
Comments
Print This Recipe Print This Recipe

Kurma kambing hasil masakan Mak Tok Mikael… sedap sangat :)

Hari khamis lepas beberapa orang kawan datang menziarah. Buat makan-makan kecil kecilan saja.

Ni semua-semua Mak Tok dan Nenek yang masak. Macam2 ado… kurma kambing, dalca sayur, air asam tomato, ayam masak kicap & nasi minyak. Mama buat salad tuh je. Hehehe

Bersama Sanna dan lovely Aisha Sania Farooqui. Gambar tak sempat nk snap banyak.

Kite letak resipi Mak kat sini ye. Terima kasih. Nanti boleh buat kat Faiz pula :D

Resipi Kurma Kambing

  • Bahan Tumis
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 ulas bawang merah-di hiris
  • 2 ulas bawang putih-di hiris
  • 1 inci halia-di hiris
  • Bahan lain
  • 3 kilo kambing
  • 100 gram rempah kurma
  • 1/2 cawan yogurt natural
  • 2 sudu besar jus limau
  • 1 cawan santan pekat
  • garam
  • air
  • Bahan Kisar 1
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • Bahan Kisar 2
  • (kacang di rendam dengan air sekejap, di kupas kulit dan di kisar bersama sedikit air hingga hancur. Boleh juga guna kacang tanah/almond sahaja atau campuran dengan kacang gajus)
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • 1/2 cawan almond
  1. Perap yogurt, limau dan daging selama 1/2 atau 1 jam.
  2. Selepas tempoh perap, masukkan rempah kurma, bahan kisar 1 dan secubit garam. Biarkan sekejap (optional).
  3. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan daging bersama bahan perapan tadi. Kacau hingga sebati. Biarkan hingga daging sedikit kecut.
  5. Masukkan 2 cawan air dan bahan kisar 2.
  6. Masak hingga daging empuk.
  7. Bila daging empuk, masukkan santan pekat. Tambah garam jika perlu. Kacau dan biar hingga mendidih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Responses to “Kurma Daging Kambing”

  1. maz says:

    salam ijan..hri ni kmaz mai pgi2 lgi ke finland dpt bau kmben krma tu…sdpnyeee..dah la lum bkpes lgi ni…laparrrrr..babay mikael buat apa tu…

  2. Ika says:

    salam ijan! waaaa..dah panas balik dapur dia niii.. lauk harus kuar dulu adalah kamben :D sokmo menyelerakan lah kalau ijan yg masak kamben nii agknyer kita nak kena ijan masakkan kamben baru kita leh makan :D

  3. kakasma says:

    Ijan..apa apa yang namanye kamben mmg peberet akak..adehhhh lepas nie nak makan banyak2..tapi tu arrr payah nak dapat yg fresh..cam sedap jerkan..makan ngan nasi minyak…

  4. k.zai says:

    ijan..sunyi dah umah yer…sedap2 tu masakan maktok..tingat2 air tangan mereka,mikael tlg nyibuk sekali kat dapor ke tu…hehehe

  5. cikmin says:

    salam ijan…perghhh..kamben ni mmg peberet cikkamal.. :) sonokkan makan ramai2 bersama orang jauh..mesti mikael tercari-cari maktok dia kan..

  6. hana says:

    oooo dah balik er! takpe… potret ada leh pengubat rindu! akak pong dah lama tk masak kurma!

  7. chik mimi says:

    salam ijan dah lama akak tak masak kurma tingin la pulak tengok kurma ijan ni

  8. dila says:

    kite br mkn kamben jumaat lepas..sdp sgt sup merah singapore style..

    mikael,awak bulat sangat! geram auntie..
    teringt Tomot dulu bulat ginila..dah besar kecut..hehehe

  9. zarin says:

    aduss kita pun baru siap masak kurma tapi kurma ayam je…tengok kambing ni buatku teringin nk mkn kambing le pulak :-)

  10. ima says:

    salam ijan…emmm lauk kurma kak ima suka…

    terubatlah rindu dapat makan masakan mak…hehe

  11. nur says:

    salam
    posto posto… sedapnya kambinggg…

  12. Cool ^^ says:

    Wah…kak ijan lama x tgk blog akak..Baby pun dah bsr dah..Aunty dia ni..slu aucak2 je kan gege~!:D Lol..akak dah da new web ek..xtau..adeh..ptutlaa..blog lama asik duk situ je..xpasan lak..yg akak da inform sn da new web ni..Pe2 pun hepi dpt jumpe akak balik(*hugs*) n tgk pe akak masak..nyum2 hehe..

  13. sedapnya kambing.. teringin nak makna tapi sini panas, kalau makan kambing lagi sakit kepala… sana sejuk kan.. ok la makan kambing leh panaskan badan hihi

  14. McKantin says:

    adoiii, abih2 cuti, kambing yang keluar dulu..he mmg ijan & kambing mmg sukar di pisahkan

  15. nas79 says:

    dah lama x makan masak kurma…semakin comel mikael

  16. zaiy says:

    salam ijan..
    hilang kempunan dapa merasa air tgan mak n maktok yer..mesti sedaplah. mikael tulun tengok ke tulun makan tu?

  17. Love2cook says:

    Hi dear Ijan!!! hru 3 doing there??? Aisey love right now messaging U from my hp…hehe! geram betul ngan Firefox lor…:(

    Mutton kurma tuh make me hungry lor! MUST TRY!!! will try! :)

  18. Amir says:

    perut berbunyi2 tengok makanan kat atas. hehe. :D

  19. sue@nenie says:

    Salam Ijan, waahhh biasa dengar kurma ayam jeee..ni ada versi kamben pula yaaaa….

  20. kulanz says:

    salam, tumpang tengok resepi, suka sangat dgn dagin kambing ni..
    lepas ni nak suruh isteri masak..

  21. yani says:

    selalu tengok ijan masak kambing.. memang suka mkn daging kambing ke?.. hehe… kalo gini balik msia nanti boleh try pi mkn kat restoren dlm ladang kambing.. boleh mkn2 sambil tengok kambing.. apa dah nama restoren tu lupa daa.. :p

  22. myszaiton says:

    Ijan, buah badam or kacang tanah mentah rendam byk jam lg baik sb br senang nak blend..org kg dulu tak ada blend,dia orang giling..lg cantik sb lbh halus.

  23. [...] Lauknya, kurma kambing dan sambal tumis udang. Resipi kurma kambing boleh tengok SINI. [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge