Print This Recipe

Semalam pegi jalan-jalan beli barang cikit. Jumpa candle holder kaler biru ni… alahai cantiknye nampak. Murah lak tue. Apelagi, mak sambar ler satu. Ngam pulak ngan mangkuk tingkat biru nie… sesyuwai gitew. hahaha

Hari ni sebenarnya citer si kentang dan si tuna dalam tin je. Menu simple simple kami anak beranak. Skali tengok dah ala2 sheperd pie pulak jadinya. Kite guna tuna. Tapi kalau nak tukar ayam ke, daging ke boleh jugak.

Kite buat sikit je lah sorang satu mangkuk kecik ni. Kena makan masa panas2 biar cheese tu meleleh leleh kat sudu. Baru sedap… tp hati2 jangan meleleh kat mulut. karang melecur pulak

Last but not least, nak tayang kat korang betapa indahnya meminum air longan dengan isi nya yang montok2 itew. Tin longan dah jadi antara bahan kawalan kat rumah nie… kena mesyuarat dulu baru boleh bukak. kihkihkih
Resipi Kentang Bakar Bersama Tuna dan Cheese
- 5 biji kentang-dikupas dan dipotong panjang
- 1 tin tuna
- 1 ulas bawang putih-dicincang
- 1 bawang besar-dipotong dadu
- 1/2 tin tomato puree
- sedikit garam
- sedikit daun oregano kering
- serbuk lada hitam
- serbuk lada putih
- 4 cendawang butang-dipotong
- cheese yang diparut (jenis apa pun tak apa. Kami tambah mozarella juga)
- Panaskan oven ke 200 degree C.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
- Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
- Masukkan kentang dan cendawan. Goreng lebih kurang 10 minit.
- Masukkan tomato puree dan gaul sekejap. Tambahkan oregano, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih. Kacau sekali sekala lebih kurang 5 minit.
- Masukkan tuna dan kacau lebih kurang 2-3 minit.
- Pindahkan kentang tuna tadi ke dalam ovenproof container. Taburkan cheese di atasnya.
- Bakar selama 20-25 minit. Siap.




alahai kat sini xde la semua tuh. even sardine sini pun kureng la rasa dia. kena bawak from msia jugak hehe
Ingat kat Pakistan mudah dapat bekalan.. susah jugak rupanya ek..masak kari je lah.hehe
nak sikit
alahaiiii!!!!!…terliurnye tgk….masuk list ni..akak suka menu yg bakar2 gitewwww…mmg cantik dan sesuai candle holder ngan caserole tu,pasangan yg ideal…
lama tk nmpk ijan.. apatah lg mikael! rindu sama korang! bizi gaknyer tuh! nak tumpang makan boley??
salam kak ijan, semua sihat ke tu? menu baru baru ni, byk yang tertinggal, sedap nampaknye kentang bakar tu kak, ade tuna ade cheese, bahan pun senang nak dpt…sure creamy ni…kak ade lagi tak, nak satu remekin blue tu : )
saya merasa amat jeles bila melihat itu candle holder dan mangkuk tingkat kaler biru itu…cantik bangat lerrr
ijannnnn beh tahan tgk itew mangkuk tingkat ngan candle holder nakkkk jugak tergoda i u ,pastu tapau kentang bakar bersama cheese itew
lum mkn dah meleleh ni.. huuuuu
Very heartwarming.
wow sedapnya… dah la mangkuk biru and candle holder tu matching hehe..
salam ijan…yum yum nampak sedap dan cantik kesemuanya..
salam Ijan….semalam akak tgk tiramisu kt blog Ijan, akak pun buat dlm gelas gak, menjilat jari beb!
kentang pun favourite akak, nak cuba nnti.
salam..
daun oregano tu yg mcm ne?
thanks for the resepi ..sangat suka tak sabar nak try ..masa yang sama suka akan mangkuk tingkat biru comel dan cantik ..tak tahu ader ke tak kat Malaysia nih …like and love your blog ..dan blog ni akan jadi panduan memasak saya ..keep it up!!!!!!!