Feed on
Posts
Comments
Print This Recipe Print This Recipe

Menu kamben lagi… :) Dah lama teringin nak try resipi Love ni. Waduhhh.. memang cedappp la Love… nanti nak buat lagi. Senang je rupanya nak buat masala nih. Tak payah guna santan pon… Mekasih ya Love untuk resipi. I letak resipi kat sini pulak… :D

Kami makan dengan nasi ketumbar… ya.. nasi ketumbar ya :D

Resipi nasi ni kite amik kat buku Jamie Oliver twist tu… letak daun ketumbar dan jus limau nipis pastu gaul2 dengan nasi yang dah masak.

Daun ketumbar cam malu2 je… daun sold out pulak hari ni kat dapur. Kalau letak banyak2 mesti lagi best ;)

Kambing oh kambing…. sedapnye ko kambing! :D

Resipi Daging Kambing Masala

From Love2cook

1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar…gaul ngan 1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam…rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak…)

Bahan dikisar bersama :-

  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1-2 batang serai

———————–

  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2-3 biji ubi kentang (potong empat)
  • 2 biji tomato (potong empat)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar
  • 1 keping kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 1/2 sk biji jintan putih
  • 1/2 sk biji jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 3 sb serbuk cili (boleh lebih/ kurang ikut suka…nak mix ngan sedikit serbuk kari daging pun ok)1 sk serbuk Garam Masala
  • 2 gelas air
  • Garam dan aji secukupnya
  • Minyak masak
  1. Panaskan minyak dlm kuali.
  2. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
  3. Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
  4. Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
  5. Kacau seketika dan masukkan tomato.
  6. Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
  7. Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.
  8. Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
  9. Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api.
  10. Mutton masala sedia dihidang.

*** Kari ni lagi sedap jika dibuat pekat, so kurangkan air…
Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Responses to “Kambing Masala dan Nasi Ketumbar”

  1. nurindah says:

    salam ijan,
    apa khabar? saya datang menjenguk. oh.. daging kambing…hihi. kalu sedap, ni kena cari daging kambing ngan garam masala ni. kat tesco baru ada bahan2 ni. rajin tgok Jamie oliver ya? oh, kalaulah, kami masih ada TV. banyak idea, makin byk kelainan kita bole buat , kan? takdela jemu.. ;)

  2. cikmanggis says:

    ini peminat cik kam dah datang:)minta semangkok nak makan dengan nasi dingin untuk sarapan hehe

  3. izah says:

    uiii..sodap nampak tuh..kamben kat sana tak rasa hamis ye ijan? terror la masak kalau boleh hilangkan rasa tuh..nasi tuh..mm interesting looo

  4. cikmin says:

    wah..suka betul ijan dan faiz makan kamben ye..sekali makan banyak pulak tu..kalau cikmin dah fenin dah..BP kat border je.. :P

  5. jassnani says:

    salam ijan…..

    ijannnnn… akak posa tau… dah tu nampak icon tadi.. klik saja kat sini.. tak tahan nampak kari kambing tu… huaaaaaaaaaaaaaaa…

    skrg kat sini kul 12.oo n00n… fuhhhh.. (ngalah budak tadika posa) :) )

    ijan… 1st time nampak resepi nasi tu.. nak try gak.. tuk yg suka bau haruman rempah ratusnya .. mesti best ni.. kan kan.. :)

    • Ala ciannye posa ye kak…mujur dalam komputer tak kuar bau. kalau tak mau gastrik akak hehehe…. aá nasi ketumbar tu baunye.. fuh… wangi. kalau letak banyak2 lagi best kak :)

  6. hana says:

    akak nih minat gak ngan cik kam! tp biler nak order jerk, mula ler ader org tuh kata tak payah! huwaaaaaa… nak cik kam jugakkk!!

  7. nur says:

    Salam ijan,

    sihat ke? Lama knur tak singgah sini, geram nengok gambor
    Mikael tu…hehe…sedap nya lauk kamben tu…confirm hubby
    knur kalau nengok mesti suruh msk sebab dier pengemar
    kamben…mmg daging kamben ni sedap, lebih2 lagi kalau lamb.

  8. K.Nor says:

    salam ijan.. sedapnyer masala kamben tu.. nanti nk try gak one day .. hug & kisses utk mikael ya.. :)

  9. sedapnya… masala kambing sedap.. nasi pun sure sedap kan… simple je nak buat nasi tu, i lum penah makan lagi.. nak try nanti tq for sharing.. cuma i takde kamben.. lombu pun boleh kan heheh

  10. kak tie says:

    Ijan, kak tie yakin dah komen di sini tapi rasa-rasanya masuk kotak spam, huhu…

    .
    .
    .
    Errr….. ada lagi tak kamben tu? ekekekeke………….

  11. inahar ali says:

    salam ijan..amboi asik mengamben jek ek!! hehe..tp akak & hubby pun sama2 hantu kamben..kalu makan x hengat dunia..mmg sodaap!! perghh…

  12. salam sis…
    alamak… pgi2 isnin…da tgk kambing masala tuh….mcm sodap jek tuh…
    nk try la sis…hehe…

  13. love2cook says:

    Thanks for trying the mutton masala recipe dear! Really happy U liked it!!! U made it sooooooooooo yummy!!! :D
    love2cook´s last [type] ..♥Kelloggs Magic Cookie Bars – Biskut Jongkong Magik♥

Leave a Reply

CommentLuv badge

Switch to our mobile site