Print This Recipe

Kite nak kongsi pengalaman buat kek kereta untuk birthday Mikael baru2 ni. Cara asal kite rujuk di blog INI.

Antara bahan2 yang perlu ada: sebiji kek (kite guna eggless orange sponge cake bersaiz cm 240 x 170 cm), fondant pelbagai colour ikut keperluan (kite guna merah, kuning dan putih), buttercream icing (resipi klik SINI), ‘stage’ untuk letak car cake nanti (boleh guna thin cardboard), pisau, baking sheets, penggelek, pewarna oren (kite gunakan untuk decoration), biskut oreo sebagai tayar kereta, dan hiasan yang sesuai setelah kek selesai.

Mulakan dengan memotong kek dan memyusun nya menjadi bentuk ‘kereta’. kek kite agak tak sekata, tp takpe sebab step seterusnya akan menggunakan buttercream icing untuk meratakan seluruh permukaan.

Sapukan seluruh permukaan dengan buttercream icing. Buttercream icing ni agak ‘thick’ jadi sangat mudah untuk bentukkan kereta seperti yang diingini.

Lapikkan baking paper dan mula ratakan fondant seperti dalam gambar. Angkat baking paper perlahan lahan dan terlangkupkan di atas kek tadi.

Sekarang, kek kelihatan seperti ini.

Seterusnya, potong lebihan fondant dan dengan berhati-hati, selitkan hujung setiap penjuru fondant ke bahagian bawah kek (lihat gambar).

Bila dah selesai, mula pula acara menghias atau deco pada kek. Bentukkan mata, ‘lightning’, windows, number, lampu dan sebagainya. Boleh menggunakan baking paper untuk melukis dan kemudian potong fondant mengikut bentuk yang di lukis tadi. Tampal setiap bentuk yang dibuat pada kek. Tak perlu gunakan krim untuk menampal. Untuk bahagian mulut McQueen, potong sedikit fondant merah dengan menggunakan pisau. kemudian, masukkan fondant bewarna putih di bahagian tengah yang dipotong tadi supaya nampak seperti gigi

Bila semua dan selesai, gunakan pensil (decoration pensil berwarna hitam atau coklat gelap) untuk membuat lining pada bentuk2 hiasan di kereta. Boleh juga membuat mengikut kreativiti sendiri.

Sekarang kereta dah siap untuk di hidang pada Birthday Boy!
I was so happy I managed to make this dream car cake a reality
Mama hopes Mikael will remember this as your very special 1st birthday cake ever. Happy birthday again sayang! Mama & Daddy love you always.




Ooooo…. gitu rupanya.
Nanti ijan boleh buatkan birthday kak tie bentuk kuali dan sudip ya, ekekeke……
Tie´s last [type] ..Sibuk
hehehe.. buleh2. kite nak buat bentuk lesung dulu kak tie. hehee
laaa awat tunjuk lepas besday darwish? kalau tak kan bleh tiru! hahahahahaa… kat sana ade jual fondant readymade er jan? syok ar gtu! nnti leh wat macam2!
hana´s last [type] ..Spongebob Cake
Salam Kak Hana,
a’a kat sini ada jual yg ready made. kalau kena buat sendiri berpeluh juge
ijan´s last [type] ..Birthday Cake in Car Shape- Lightning McQueen
Cantik..bertuah mikael punya mama yg rajin dah kreatif..:-)
sue´s last [type] ..Terliur ja
Terimo kacihhh!!!
ijan´s last [type] ..Birthday Cake in Car Shape- Lightning McQueen
terujanya sy tgk cara akk deco..like it
Mekacihh-… akak pun tengok contoh deco di blog2 lain. Seronok jugak sekali sekala try
wahh…kreatifnyer dia..cun sgt tgk keta tu…bertuah mikael ada mama yg kreatif….mcm betul lak keta tu nmpk..
ida,japan´s last [type] ..Rich Cheesy Blueberry Bread Pudding
mak tok mikael pun ingat kereta tu kereta mainan
kreatif..!! kemas..
lg cantek dr rujukan plak…
sapphire´s last [type] ..365 dan 10 hari
Terima kasih… yang rujukan pun cantik juga
ijan´s last [type] ..Birthday Cake in Car Shape- Lightning McQueen
salam lebaran diperantauan ijan…hepy besday mikael
seronoknye besday boy potong kek..pandai dan kreativ mama mikael…mcm beli kt kedai..cantikkk…
Salam lebaran kak Zai…
terima kasih utk birthday wish…
ijan´s last [type] ..Birthday Cake in Car Shape- Lightning McQueen
Rajin sungguh mama mikael buat kek keta…. nnt mikael kena ingat susah payah mama buat semua ni utk mikael.
Terima kasih kak Mal. Harap2 Mikael tengok gambar ni bila dia dah besar, dia akan rasa seronok
Ijan´s last [type] ..Birthday Cake in Car Shape- Lightning McQueen
nak order 1 kek bentuk lamb rack, please!
lee lin´s last [type] ..Rambutan longkah
Bukan je rack lamb. dengan lamb lamb sekali i hantar kan okeh!
Ijan´s last [type] ..Birthday Cake in Car Shape- Lightning McQueen
wow.. untung mikael mamanya rajin buat cake siap bentuk kereta lagi.. so sweet..
thanks Lady
Ijan´s last [type] ..Birthday Cake in Car Shape- Lightning McQueen
ya allah teruja nya tgk ijan buat kek ni…
huhuhu…bertuah nya mikael dpt mummy yg rajin mcm ijan..:)
~ana~´s last [type] ..mood kerja @ mood raya
Sekali setahun je ni.. tahun depan tak tau la macam mana.
ijan amat cantik .. tula macam kak hana kata best ada fondant ready made.. kami nak buat fondant pun tak pandai..
ita´s last [type] ..Aidilfitri 2010
mujur ada yang dah ready made kak ita… kalau tak berpeluh juge.hehe
congrats!! sentuhan mama yg plg touching kan…
thanks 4 sharing.
umieaisyah´s last [type] ..Salam Aidilfitri
Sama-sama… harap2 Mikael pun suka bila dia lihat dah besar2 nanti
waduh ijan…mmg kreatif banget car cake nih!! uish…tabik spring laa akak kt ijan ni… toink..toinkk!!
inahar ali´s last [type] ..NASI IMPIT & KUAH KACANG DAGING
Toink toink!!! mekacihhh kak
mcm pro! sy belum ada kekuatan nk buat kek2 novelties. hopefully satu hari leh follow jejak langkah ijan. you know waht, balik malaysia kompem leh jual kek! cakes2 ijan semua menawan kalbuu.. lucky u mikael!!
yulie´s last [type] ..Friendship Remains and Never Can End
Yulie pun pandai buat kek cantik2…nanti boleh buat kek fondant pula utk bisnes
salam kaka ijan sekeluarga,
SELAMAT HARiI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN sekiranya ade salah dan silap,
SAYA DENGAN SUKA CITA NYA INGIN MERAKAM KAN KEKAGUMANA PADA AKAK DENGAN CARA BUAT KEK KERETA TU, mantap manatap, mantap, saya yakin kalu kaka ijan nak buat kek keretapi tanaha malayu sekali ngan railway die pun boleh, pastu sambaung rail tu Ke Japan, tolak teruk “kek train tu ke sini” dan sennag la saya nak balas guna rail yg same hahahhahahahahha
maaaf kak ade salah ejaaan sikit komen saya tu ye, duk berangan kereta mikael tu hihih
Cikgu Zam´s last [type] ..Murtabak Small-Small Untuk Japan
Salam cikgu,
Gelak besar kak ijan baca komen kamu tu..hehe…keretapi tanah melayu ye… meh sini nak buatkan. langsung terus ke malaysia la senang nak balik raya haji.hehe….
perghhh.. mantap laa kak ijan.. pro gile.. rasa2nye kak ijan daa layak tulis buku resepi nie.. hehe, shot2 gambar utk post nie lawa laaa.. semua nampak kemas..
samanosuke_04´s last [type] ..Eid Mubarak PascaSPM!
Mekacihhh.. kalau kak ijan buat buku resipi, kamu kena order 10 bijik okeh! hehehe
salam ijan….br dpt tgk blog ijan hr ni smlm bnyk kali cuba x dpt langsung
( x pe akhirnya dpt gak tgk the making of ni walaupun cuma siaran ulangan
) ceh,cayalah ijan…tabik spring beb…walaupun dah ada yg ready made fondant tp berpeluh gak la nak mereka bentuk kete tuh…syabas2!! *ermmm, birthday kiter nnti buatkan kek bentuk lamborghini plak yerk
))
deliahsdeli´s last [type] ..HITAM MANIS – R Azmi -
Salam Kak Del,
Terima kasih sebab cuba dan cuba jugak nak masuk sni…tah ape penyakitnya blog ni ada yg boleh masuk ada yg tk boleh..tp jangan serik2 ye.heheh…
Ermmm… nak lamborghini ye.. buleh2… sekali dengan garaj2 nye kite buatkan.hihihi
salam mama mikael,
nak tanya fondant yang mcm ijan guna tu ada dak jual kat m’sia ni..tgk ijan wat kek kereta tu sendiri, tingin lak rasa nak wat kat budak tecik tu..yela nak dia ingat 1st besday dia tu sampai bila2 hehehe..
k lah cau dulu..tq mama mikael..peluk cium utk mikael
che rod´s last [type] ..Mood lepas raya
Peluk cium utk Mikael dari AuntieRoz…. Semuga besar nanti jadi anak yg soleh…. tengok tu betapa hebat nya mama Mikael ni…. cantik banget kek tu sebab ada usaha yg tekun….
AlongRoz´s last [type] ..Hi- Im Backed with My Hari Raya Goodies
Salam Ijan…waaaaaahhhh terpegun akak tengok ketekunan Ijan menyiapkan kek besday Mikael ni…aihh citer besday Mikael akak terlepas la kot..So amik kesempatan nak wish Happy 1st Birthday to Mikael..moga semakin encem…jadi anak yg soleh dan cemerlang di dunia dan di akhirat…amiiinnnn….Salute tul kat Ijan…kalau akak, harus back off dah..x kuasa tul nak layan deco2 gini..hahahaa
ummi´s last [type] ..Ikan Tenggiri Ala Rendang