Feed on
Posts
Comments
Print This Recipe Print This Recipe

Kami selalunya makan nasi 2-3 kali seminggu. Salah satu hari mestilah hari minggu bila MrFaiz pun ada di rumah. Hujung minggu lepas kami makan nasi carrot dengan daging masak hitam kashmir guna perencah segera Iman.

Daging Masak Hitam Kashmir ni, wallah… sedap sampai nak pengsan. hihihi.. Sapa tak pernah try lagi cepat la pegi beli perencah Iman ni. Berbaloi baloi. Terima kasih daun keladi buat Mak yang belikan kami perencah ni. Lain kali boleh kami kirim lagi :)

Masak guna perencah ni cepat sangat. Tak ada bahan tambahan lain pun kecuali daging dan air. Daging kami guna daging kambing.

Nasi carrot ni kite buat yang biasa2 je tak boleh letak spices apa pun sebab Mikael sensitif sikit dengan rempah ratus. Resipi asal nasi carrot ni boleh tengok di rumah Kak Ayu atau Mummy Alyssa. Kite letak juga resipi kat sini utk rujukan bila2 nk masak utk Mikael lain kali. Apepun, terima kasih buat Kak Ayu dan Mummy Alyssa :)

Inilah dia perencah Iman untuk Daging Masak Hitam Kashmir tu… perencah Iman untuk Nasi Daging pun super sedap.. cubalah :D

Resipi Nasi Carrot

  • 1 cawan beras basmati (dibasuh dan ditoskan)
  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • 1/3 cawan carrot yang diparut (boleh letak lebih jika suka)
  • 1/2 cawan susu
  • 1 1/2 cawan air rebusan ayam/stok ayam
  • sedikit garam
  • sedikit kismis (jika suka)
  • 2 sb butter
  1. Panaskan oven ke 200′C.
  2. Panaskan butter dan tumiskan bawang merah hingga layu. Guna periuk yang tahan oven.
  3. Masukkan beras dan kacau rata, 2-3 minit.
  4. Masukkan carrot yang diparut, kismis, susu dan air rebusan ayam.
  5. Tambah garam secukup rasa.
  6. Tutup periuk dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam oven. (Jika guna periuk elektrik, boleh masak seperti biasa selepas step ini).
  7. Masak selama 30 minit.
  8. Siap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

37 Responses to “Nasi Carrot dan Daging Masak Hitam Kashmir”

  1. Nieza says:

    assalam Ijan…wah kalau tau tadi kita leh tukar ngan nasi daging kita …..hehe perencah tu memang sedap dulu masa memula sampai sini ada bawa sekrng dh abis stok senang guna bila time kecemasan nk msk cepat kan.
    Nieza´s last [type] ..Kuih Bakar Lemak Manis

  2. deliah'sdeli says:

    assalam ijan..klu ke sini mmg amazed tgk setiap gambr :) sedap mskan ijan ni..tu fav kami tu..:p~ dan masuk dapur mjadi lebih seronok bila si kecik dah pandai makan..muahss utk mikael :)
    deliah’sdeli´s last [type] ..HONEY GLAZED CURRY PUFFSOur Uncle Husseins Style -

  3. mamahawa says:

    Pagi2 (Spore time) dtg tgk ada daging & nasi carrot!!!
    Cedap2 :P
    mamahawa´s last [type] ..Tauhu Goreng – Mama style

  4. jai says:

    emmm arini posa npk sedap la pulak… ngancam betul…

  5. izah says:

    uisshh..ijan..ni tetiba ngidam daging kasmir lak ni.
    ayat sedap sampai nk pingsan tu tak tahan tu..
    hihihi

  6. deeja says:

    Amboi sedapnyer nasi carot tu.Akak dok cadang2 nk buat,tapi mls nk memarut…bila tgk nie rasa trlebih teringin lak…daging tu plk,nmpk menyelerakan la,tapi mn ye nk cari rempah tu,xpenah jmpa

  7. soo hae daa says:

    salam kak…
    pe yg akak msk msti nampak sedap lah…!!
    huwaaa…pnah mkn ns carrot ni…tp, ngn kurma ayam…kat mane mak akak bli rempah iman ni kak? xpnah nmpak pon..nk try jugak lah….lau rs smpai nk pengsan tuh..msti sedap amat lah tuss..heheheheh =p
    soo hae daa´s last [type] ..Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

  8. ayu says:

    Assalam ijan,
    teringat nasi lobak merah ni….betul tu lain kali bolehlah cuba yang berempah tukan bila mikael dah besar dan dah boleh makan macam mummy & daddy..
    tapi perencah daging tu kat sini tak pernah jumpa, kena masuk msia baru ada kot,
    itu pun belum tentu ada kat jb..huhu..
    ayu´s last [type] ..Dulce De Leche Brownies

  9. abbot says:

    hamoh hamohhhhhhhhhhhhhhh…rempah segera ya Cik Kak oit. Errrrrr ada lagik??? Kena carik nih, senang keje aku balik keje nanti.. tak pun bak je la yg ko dah masak tu Ijan, lagiiiiiiiiiii senang.

  10. somuffins says:

    Ijan
    Nampaknya kita peminat setia jenama Iman :-)
    Just the other day I cuba masak nasi daging tapi tak guna kambing dan tak guna Basmathi maka tak nampak hebatlah. Taste wise boleh tahan.

    Harus cari rempah daging masak hitam tu.

  11. Cikguzam says:

    salam kak ijan,
    kak ijan ni bukan setakat pandai masak ni, pandai ambil gambar ni hahahahhaa, cun semua gambar yang diambil. Tahniah……

  12. inahar ali says:

    salam ijan..waah akak pestaim tau psl rempah iman nih..mana nk cari kt mesia ni ek?? nmpak gaya esok kena pi sopping kt carrefour..tgk2 kot ada rempah iman nih..hehe! kalu x kecek yg ijan masak je laa..kihkihkih!!
    inahar ali´s last [type] ..NASI GORENG CINA ALA MAT GEBU

  13. Azian Hasan says:

    Salam perkenalan,

    Cantiknya blog ni dan resipinya pun best. Food presentationnya memang ‘amazing.’
    Azian Hasan´s last [type] ..Kentang Goreng atau French Fries

  14. Tie says:

    Wah.. mesti cuba buat ni nasi carrot! Kebetulan ada banyak carrot dalam fridge.

    Perencah tu kak tie tak pernah jumpa laa… Rasa macam mana ? Ada pedas ke ? Rasa lada hitam ke ? Issh…. geram lak!

  15. sharena says:

    nak carik gaklah perencah tue….senang =)
    sharena´s last [type] ..My Friday Ramblings

  16. DrSinga says:

    saya suka daun Shamrock itu !!!

    ( nak komen pasal masak-mamasak saya sanagt tak reti sebab saya tak pandai masak !! )
    DrSinga´s last [type] ..Urut Buih

  17. ermayum says:

    yummy, kashmir India ke :)

  18. ana says:

    perencah Iman ni mmg sedap.selalu guba perencah nasi daging.kalau balik kpg alor setaq wajib beli.tapi x pernah pula cuba yg masak hitam ni.esk nak cuba la.

  19. ahmadhaikal says:

    lapar plak pagi-pagi camginih..
    ahmadhaikal´s last [type] ..Avoid driving when you are sleepy

Leave a Reply

CommentLuv badge