Print This Recipe

Mama saya baru belajar buat roti dengan Auntie Ros. Saya lah customer ke satu Mama saya
Terima kasih banyak2 Auntie Ros sebab ajarkan mama buat roti nie. Mikael makan satu… dua… tiga…empat… hmmm manyakkkk

Memang betul macam McKantin cakap, selembut dan sesedap nama…memang best. Lembut sangat wpun tak guna breadmaker.
Utk mama yang tak pandai meroti ni, rasa seronok sangat bila boleh buat roti utk anak sendiri. InsyaAllah mama boleh terus buat roti lepas ni utk Mikael dan Daddy

Kami makan dengan Opor Ayam dan sambal tumis ikan bilis. Mama buat juga sikit nasi himpit utk makan dengan opor ayam tu.

Masa pergi birthday party Amanda hari rabu lepas, Mama tengok Mikael suka sangat makan nasi himpit dengan opor ayam. Mujur jumpa resipi opor kat MyResipi sumbangan Kak Besah. Mekasih kak, best betul opor ni.
Opor ni tak pedas, jadi sesuai le utk kanak2 tecik macam Mikael. Org besar boleh makan dengan sambal tumis.

Sedikit gambar2 waktu birthday Amanda… comel sangat Amanda ni. Mamanya orang Indonesia ayahnya pula orang Finnish. Malu2 nak bercakap sebab ramai orang

Onnea Amanda!!! Happy birthday… semoga Amanda menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat insyaAllah…
Resipi Soft Honey Bun
By: Ros@JintanManis
250gram tepung roti
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin/butter/shortening
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
150ml susu segar atau air suam
2 sudu besar water roux
1/2 sudu kecil garam
Water Roux ros buat separuh adunan dari resepi asal.
( resepi asal water roux ni Ros ambil di blog MamaFami`s spicen n splendour) terima kasih ye Mama.
25 gram tepung gandum
125 ml air
caranya-
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-Caranya ( Jika Menggunakan Tangan)- Doh Roti
1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.
2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.
CARA LAIN:
1.Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.
3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.
Resipi Opor Ayam
- 1 ekor ayam dipotong2
- 9 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih, 1 batang serai, 2cm halia, 2sm lengkuas,5biji buah keras – dikisar
- 3 sudu makan biji ketumbar. 1 sudu mkn jintan manis, 1 sudu makan jintan putih & 1 sudu makan lada putih – disangrai & dikisar halus
- rempah 4 sekawan utk campak2.
- semangkuk santan
- 2 sudu makan kerisek
- 2 helai daun salam
Cara-cara
- panaskan 2 senduk minyak, tumis bahan giling hingga wangi & pecah minyak, masukkan rempahan yg di kisar tadi, kacau hingga terbit aroma, campakkan rmph 4 sekawan. kacau rata.
- masukkan ayam, gaul rata2, jika kering sgt, tambah 1/2 cawan air. masak hingga ayam kecut & bumbu meresap ayam. masukkan daun salam. tutup periuk,msk ngn api prlahan hingga ayam separuh masak.
- last sekali, masukkan santan, kacau sebati, biar ayam empuk & kuah agak pekat. suaikan rasanya.
- taburkan bawang goreng & blehlah dihidangkan…
- p/s; jika nk buat versi merah, tambah cili kering dlm 15 tangkai brsama bhn2 yg dikisar.bubuh lada hitam tp kurangkan skit takut pedas sgt..



happy brthday amanda! comel sungguh dia.
ijan sudah ada model cilik.mikael nmpak x takut kamera.senang ajak pose
deliahsdeli´s last [type] ..TOTE BAG – A Simple Heart Felt Crafting
Salam kak Del,

Comel betul kan Kak Amanda tu..teringin nak baby girl pulak la..wakaka
Mikael memang suka posing. kadang2 bertarung dengan mama sebab dia terlebih posing atas meja
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
Bun looks so gud …love the pics
Priti´s last [type] ..Semiya Upma
Thanks very much Priti!
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
dah besar Mikael ye, ada awek cun pulak tu dok kat sebelah…….
Ijan buat roti tu guna tgn ke? ish….rajinnya…dah lama akak tak meroti, sebabnya kita takde BM, tu yg malas tu…..
kakzana´s last [type] ..Pie Inti Kentang dan daging
Salam kak Zana,
Kite pun dulu macam tu kak. Tak ada BM, lepas tu bila try sekali dua, roti jadi macam kayu. boleh dibaling baling. Entah tiba2 bila tgk roti kat blogMcKantin, rasa tergerak hati nk cuba. Excited nya bila roti lembut dan gebu. Mikael dan daddy pun suka makan. itu yg kite bersemangat nak meroti lagi
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
wah wah sikecik pun dah pandai possing ye ijan ,senang mama dah tak perlu model berbayar
chik mimi´s last [type] ..Ada Yang Berminat
Salam ChikMi,
Model cilik ni boleh digunakan bila2 masa yang Mama mahu. hehhee
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
salam kak ijan, sungguh lah lembut dan gebu nampak soft honey bun akak tu….tahniah ya..dah berjaya buat dgn jayanya…klu buat lagi nnt, boleh kasi ros rasa ya…btw kak, klu sudi nnt vote ros di wwwow.digi award tu juga ya…nak tau lebih lanjut boleh ke entry terbaru JM.com…terima kasih
ros@JM.Com´s last [type] ..DiGi WWWOW AwardsVote Ya
Salam Ros,
Terima kasih banyak2 buat Ros… tunjuk ajar dan resipi Ros tu banyak membantu. Kak Ijan seronok sangat dapat buat roti sendiri ni.excited tak habis lagi. hihihi… insyaAllah jika masa mengizinkan, kak ijan akan terus buat sendiri roti utk mikael dan daddynya
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
Hi Ijan…
cantik dan nampak lembut roti tu…nanti nak cuba jugak la kalau ada mood meroti datang….:-))
Hi Akak,
Boleh cuba tu… memang bagus resipi Ros ni… lembut dan gebu sangat rotinya
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
Assalamualaikum Ijan,
Sedap nampak resepi2 kat atas, berselera siapa yang melihatnya. Paling akak berkenan tengok Amanda yang very cute, happy birthday to you dear.
KWattie´s last [type] ..Happy Teachers Day Cupcakes
Salam KWattie,
Terima kasih. Amanda tu cute sangat kan…
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
jelesnye tgok bun awk tu…iskhhh… selera btul si mikael ngadap sorang…hihihi
Bun amatur je ni.. kalau tengok tokey punye bun lagi cantik.hehehe…. Mikael suka betul makan bun tu.
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
Bestlah awak punya blog..semua gambar sgt cantik…salam pekenalan…happy birthday amanda
Terima kasih Sury. Salam perkenalan juga
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
kak ijan…serius kiut roti tu…rasa dia mesti berganda2 kiutnya….huwaaa…
wah, mikael nk ngorat amanda ke tu? dua2 comel……
adele´s last [type] ..New Page- Gallery of Outstanding Photos
Salam Adele,
ya cik adik betul… roti, amanda dan mikael- semua kiut .wakaka
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
Ijan,roti nie kalau buat jadi gebu dan naik gitu mmg sonot sangat,,,clap…clap…!!!makan pun tak puas..nak buat selalu jemu pulakkan..tapi gitu ler apa2 buat menjadi cam nak buka bakery laa kan..kwang kwang kwang
kakasma´s last [type] ..Tengiri asam Daun Kari
Salam Kak Asma,
Clap clap clap kan… sekarang kite dalam musim roti lagi kak… masih bersemangat nak meroti. betul macam akak kata tu, kalau ala2 menjadi tu, rasa cam nk bukak bakery je.wakakkaa…. selalu mcm tu, berangan
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
kalu kat teganu, mcm panggil roti paung
Bentuk macam roti paung kan Kay
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
salam kak ijan, opor tu pe? sy nampak cm msk kurma je..ehehehhe..
mskan indonesia ke? nmpak sedap tu… =))
p/s – lovely mikael & amanda =))
soo hae daa´s last [type] ..My GF is A Gumiho
Macam kurma kan..kak ijan pun rasa mcm tu. tp rasa tak macam kurma…kak ijan rasa resipi indonesia kot ni. tp tak berapa pasti lah

Yes, kiut je kan dua orang kecitt tu duduk sekali
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
Dah besar dah anak awak dan di tepinya pulak awek yang cun sangat. Gebu kedua duanya.
noor´s last [type] ..Burger ala “Prosperity”
Salam kak Noor,
hehe… tergelak saya baca. memang gebu kedua nya
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
Salam ijan!!!! alamakkkkk rotiiii dia comel2 lerrrr patut pun 1 2 3 4 dan lagi si mikael makan hihihi lenkali mama buat besorkan sikit kasi kenyang
mikael dah besor mesti dia nak adik tuuu kan kan hihihi… btw, ilyas iriyasu kun org yg sama spelling lain sikit dlm bahser jepun 
Ika´s last [type] ..Pajeon Green Onion Pancake
Salam Ika, la ye ke..ingatkan Ilyas dan Iriyasu tu lain2 orangnya.heheheh… sory mory ye…

Nanti mama buat kan roti mesyar Mikael boleh kongsi dengan auntie Ika okeh
Ijan´s last [type] ..Soft Honey Bun- Opor Ayam and Happy Birthday Amanda
customer ke satu? alala comelnya hehe..
anyway happy birthday to amanda..
Hehe… kesatu Mikael, kedua Daddy, ketiga mama sendiri. hehehe
KIM SALAM KAT AMANDA!!!!! comelnye.. kesian mikael kecik lagi.. kalo dia dah besar dan tau erti cinta, gerenti Amanda tak dipandang remeh.. haha, nampak cam getalong jerr diorang..
hehe, kite pegi konsert Muse.. dah showoff daa kat blog.. :p
samanosuke_04´s last [type] ..MUSE Live @ Moscow – Olimpiski Arena
Errr…. getalog tu apa ek? kak ijan google tak jumpa maksud. hahaha….
Nanti i g tengok konsert muse you kat Moscow okeh.
Salam Mikael..wah jual roti ke tu hehe.Opah dah cuba buat roti tu 2 hari lepas.Sedap…wah sape sigenit cantik manis tu ekeke jgn marah opah gurau je.Salam kat mama ya:)
Salam Opah, Mikael jual roti Mikael sorang je yang beli pun Opah. hehehe.. cantik kan Amanda tu opah… boleh ajak dating.hehe
Mama pun kirim salam kat Opah
kak ijan, nak ikut resepi kak ijan buat bun.haritu saya dah buat, bun keras kejung..huhu
Solehah´s last [type] ..Karipap
Solehah try la resipi Kak Ros ni. Kak Ijan pun selalu buat roti tak pernah menjadi. Ikut resipi ni InsyaAllah roti tak kejung dah
comel plak tengok roti madu tu..
titan´s last [type] ..Komisen kedua dari Bidtraffic
Buat kecik2 supaya orang kecik mudah makan
salam kak ijan,
untuk masakan obor tu,rempah 4 sekawan tu apa?
rahika´s last [type] ..Her charm
Salam Rahika,
Rempah 4 sekawan tu kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Serba sikit setiap rempah
assalam sis ijan…
bestnyer tgk roti tuh naik cantik..
tingin gak one day nk buat sendiri roti..asik2 beli jek kan….
atiesygkamu´s last [type] ..- lame tk update rasenyer lahh-
Wsalama Atiey,
Nanti lepas pantang boleh le meroti. takpun mintak king Atiey tolong meroti utk Atiey time pantang nanti.heheheh
Assalam ijan,
lama akak tak tinggalkan jejak kat sini..
banyak juga akak terlepas pandang, baru tadi akak ada datang sini tapi nak tinggal kan jejak dah terclick benda lain …mikael dah besar nampaknya tu..hansome boy lah dia…
ijan berapa lama lagi di sana?….bila nak balik msia for good?..
Ayu´s last [type] ..Ayam Sambal Lada Hidup
Assalamualaikum Ijan….waaaahh budak pegang bakul tuuu..dah becaaarrrr dah dia…dah boleh jual roti mama dia…hehee…alalalal…selalu gegirl dgn bunga…ni boboy dgn roti…alalala..cuteenya Mikael…auntie geram jek dan gomol pipi dia…hehehee… Ijan, banyak rasberry tuuuuuu…kat Ktn haram x nampak pun…menciiss tul! Kena pi naik ke Genting kot baru ada..hehe
ummi´s last [type] ..Talam Mini Kacang Hijau
comelnya Amanda! mikael pun dah makin hensem sekarang.. hehe
[...] Opor ayam for little young man. [...]
nampak mcm sedap je!!!!sedap ke????