Feed on
Posts
Comments
Print This Recipe Print This Recipe

Made those buns quite some time ago. Dah over a month kot :)

Masa tu masih di rumah lama.

Sangat sedap roti ni. Lembut dan gebu aje. Topping nya pun crunchy2. Seronok sangat, macam yang beli kat kedai. hehe :D

Terima kasih banyak2 kat Lilydvalley yang kongsikan resipi ni di Myresipi.com.

Kite buat setengah adunan, dapat 8 biji. Sekali round je licin :D

Resipi Mexican Bun

By: Lilydvalley@myresipi.com

Bahan2 (17 biji bun)

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
Doh Roti
-Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
-Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
-Masukkan telur dan air/susu segar.
-Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
-Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
-Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
-Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
-Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
-Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
-Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Responses to “Mexican Bun atau Roti Boy”

  1. AI says:

    - wahhh…looks yummy…selalu mexican bun ni beli aje…hehe

  2. Hazila says:

    ijan,
    akak sampai sekarang tak pernah lagi rasa mexican bun ni. Tengok je….

  3. mamahawa says:

    Salam Ijan n family…
    Ijan dah pindah ke rumah baru ke?
    Anyway .. mama blm pernah buat lagi mexican bun ni..mkn dah lah..hehehe
    looks yummy lah :P pandai Ijan meroti :D

  4. Jamila says:

    salam..aduhai..sedapnye..kite suka sgt roti ni..time study dulu sll p beli..huhuhu..InsyaAllah maw cuba buat..tapi bila??? huhuhu dah nak masuk ramadhan dah ni..huhu selamat berpuasa akak n family..

  5. ita says:

    sedap2.. akak pun dah buat ijan.. sedap nampak roti ijan rasa nak mkan je..:) cantik

  6. datang nak makan roti boy..ada lagi tak?hehe..lama tak masuk dapur ijan..eh Mikael dah besar dan hensem…pstt boleh kawan dgn maryam ye:)

  7. adele says:

    sama ke rasanya mcm roti boy kak ijan? emm, kalau g alamanda mesti beli makhluk ni..sedaaap
    adele´s last [type] ..Wordless Wednesday #1 – Emotional Letter

  8. kak Naz says:

    Assallamualaikum Ijan..
    Mula2 nk ucapkan selamat menyambut Ramadhan.. selamat berpuasa yer..

    Cantik kejadian roti boy tu.. Anak2 akak suka sgt roti ni.. Selalu beli jer sbb cik bread maker kat umah ni rosak. Malas lak akak nak menguli..hihihih…
    kak Naz´s last [type] ..PUDING KASIH BERTAUT

  9. noriz says:

    wow…u really good!
    it looks exactly like kat kedai tu….
    untungnye mikael n husben dpt mkn fresh2 :)
    noriz´s last [type] ..Semarak Ramadan di Ofis…

  10. Norasikin says:

    baru boleh dinamakan mexico bun
    Norasikin´s last [type] ..Panduan Membeli-belah dan Berbelanja Dimusim Perayaan

Leave a Reply

CommentLuv badge