Print This Recipe

PISAU SERAMIK?
Tentu anda bayangkan pisau diperbuat dari batu seramik. Anda hampir betul. Pisau seramik adalah diperbuat dari batu seramik yang mengandungi zirconia yg merupakan antara mineral terkeras kurang sedikit dari berlian.
Tetapi pisau seramik tidak mudah pecah berbanding pasu seramik hiasan di rumah. Ini kerana ia bukan diperbuat daripada bahan yang sama seperti pasu seramik.

Laporan skala kekerasan dari Kyocera knife.
Pisau biasa hanyalah diperbuat dari stainless steel yang mudah tumpul selepas digunakan beberapa hari.
Pisau stainless steel juga memindahkan rasa makanan kerana ia memiliki liang2 halus yang memindahkan makanan yang dipotong terdahulu.

Pisau stainless steel juga mencemarkan potongan apple dengan warna kehitam-hitaman.
KELEBIHAN PISAU SERAMIK

Seperti dimaklumkan awal tadi. diperbuat dari zirconia, pisau seramik sangat keras dan hanya perlu diasah sekali saja ketika pembuatan di kilang. selepas itu ianya tidak lagi perlu diasah. sebab itu ia kekal tajam.
Anda sudah tidak perlukan batu asah pisau walaupun sekali, kerana anda sememangnya tidak perlu mengasah langsung!
Pisau seramik juga tidak memindahkan sebarang rasa makanan dari kegunaan sebelum itu.
Pisau seramik juga tahan utk kegunaan dapur seperti memotong daging, ayam, sayuran dan buah-buahan.
Saya telah mencuba menjatuhkan pisau seramik setinggi 2 meter ianya tidak pecah sama sekali. saya cuba beberapa kali dan saya amat berpuas hati dgn ketahanan pisau ini.
Testimoni dari www.westernfood.yolasite.com
Puan Norasikin binti Basri
“Memang luarbiasa ketajaman pisau ni. Saya sukakan hasil potongannya yang licin. Saya menggunakan buah epal untuk membandingkan potongan pisau seramik dengan pisau biasa. Ternyata potongan menggunakan pisau seramik lebih licin. Guna mata kasar pun boleh nampak. Malangnya dalam gambar kelihatan sama. Paling saya suka apabila memotong tomato dan ulas oren. Biasanya apabila kita menggunakan pisau biasa, gerakan pisau sorong tarik akan menyebabkan tomato dan oren juga terikut kedepan dan kebelakang. Ini menyebabkan hasil potongan senget. Apabila menggunakan pisau seramik, tomato dan oren kekal ditempatnya dan tidak melekat pada mata pisau. Ini membolehkan saya memotong lebih nipis dari biasa. Hasilnya bucu potongan lebih ketara dan tidak rosak.”
Testimoni Puan Azizah Mohd Hashim
“Mengupas buah nenas tidak lagi serumit dahulu, kerana pisau seramik ini sangat tajam, mata nenas juga mudah dikelar tanpa menjejaskan bentuk nenas, saya bersemangat mengupas nenas sekarang dengan pisau seramik. Sangat mengujakan”
Pengalaman memasak anda akan berubah kerana anda tidak lagi rasa malas menggunakan pisau biasa tetapi rasa teruja disebabkan ketajaman pisau dan hasil potongan yang bersih, cantik, dan berbucu.
Lawati laman www.pisauseramik.com utk mendapatkan satu unit pisau seramik utk kegunaan anda sendiri. Alami teknologi kulinari terkini dari pakar memasak untuk dapur anda.
Anda juga boleh menyertai sistem affiliate kami utk menjadi sebahagian dari ahli promosi blogger dan layak menerima komisen jualan yang lumayan lebih dari 20% dari jualan seunit.
Apa tunggu lagi, alami pengalaman memasak yang mudah dan menyeronokan!
Anda pasti teruja melihat mata pisau ini yang tajam dan lebih gembira memasak di dapur anda.
Salam dari,
Ahmad Mu’az bin Azmi
Double M Hi Tech
admin[at]pisauseramik.com



salam akak…
lame tk jenguk blog akak…
pisau ceramik>?? tk penah dgr lg neh..
mcm elok je tuh…
nk try usha2 tgk la..
p/s : atie da upload pic bby…
Salam Atiey,
kak Ijan dah tengok gambar Qisya.. comel
Pisau seramik ni memang bagus. di sini pun dah makin popular, boleh le try satu
ulalala pisau ceramic…
macam best je kak..
a must have tool in the kitchen..
=p
IRYANI´s last [type] ..:: Salam Ramadhan Al-Mubarak ::
Yes, a must have tool in the kitchen
mmg pisau seramik ni tajam sokmo kan…kat mesia mahal gak…brp harga kat sana ijan…
Lovely kitchen´s last [type] ..:-> Shasya is 5 and Salam Ramadhan
Salam kak E-na, pisau ni tajam sokmo tak perlu asah2. kat sini pun harga lebih kurang di Msia jugak kak.
Salam Kak Ijan,
Betul maklumat kelebihan pisau seramik tu. Semasa saya di Jepun, saya beli satu pisau seramik yang berkualiti dan bagi pada mak saya. Memang menarik….!!!!!!.
Cikguzam´s last [type] ..Cerita 1 Ramadhan dan Perginya Wak Yang Abid
Salam cikgu, baguslah. hadiah yang best untuk mak cikgu tu
as salam ijan…sangat tertarik bila baca n3 ini berserta testimoni yg disertakan… akak tak pernah dengar mengenainya sebelum ni (ketinggalan betul
) berapa harganya ijan???
fiza nordin´s last [type] ..Jem Nenas (Homemade) – JUALAN
Salam Kak Fiza,
Pisau ni memang cantik & menarik. Harga nya cuma rm67 termasuk penghantaran kurier
salam ramadhan Ijan, harus ada kat dapur pisau ni kan? terutama mcm kita2 ni yg suka memasak, mestilah ada sesuatu yg buatkan kita seronok didapur…..(kena mintak hadiah pisau dari hubby lps ni)
kakzana´s last [type] ..Telur Kukus Sri Rampai
Salam kak Zana, itu lah. kena ada jugak at least sebilah kat dapur ni baru seronok nak memasak
salam ijan…
lama nya x singgah sini…sihat??mekasih share pasal pisau ni..
Salam kak Mizan, alahai rindunya kat akak. kami semua sihat alhamdulillah…
Salam Ramadhan Ijan. bagus la info. nnti boleh survey2 jugak.
Salam Ramadhan As… boleh cuba nanti kan.
sekadar perbandingan pisau kyocera original berharga usd 79.90
tetapi di pisau seramik harga yang dijual hanyalah rm67 termasuk penghantaran kurier
kualiti ttp tinggi kerana produk kami adalah utk pasaran jepun.
kami memilih produk yang berkualiti utk mengekalkan kepercayaan pelanggan dan pembeli. (byk juga pembeli dari rakan kenalan dan keluarga, kalu tak elok, malu lah buat bisnes dgn kenalan)
pernah guna pisau ni.. dah 2 kali beli.
suka sebab tajam tp mudah patah..
yani´s last [type] ..Nasi Goreng Ikan Bilis
Salam Kak Yani,
owh ye ke… yang ini insyaAllah tahan sebab pembuatannya agak tebal.
wowo….mahal ek, tpi berpadanan la dgn kualiti dan hasil nye kan…
noriz´s last [type] ..Suka Duka 1st Ramadan…
Ye kak.. agak mahal sikit dari pisau biasa tapi kualiti nye memang bagus
insyaAllah produk kami tahan dan tidak patah. sy dah cuba jatuhkan dari ketinggian 2meter pun tidak patah. zirconia yg nipis mmg mudah patah, di pisauseramik, zirconia agak tebal dan tidak mudah patah or pecah.
pisauseramik´s last [type] ..Hello world!