Feed on
Posts
Comments
Print This Recipe Print This Recipe

Hari raya aidiladha 6 Nov 2011 baru-baru ni kami ke Helsinki beraya dengan kawan-kawan di sana. Naik train, lebih kurang 4.5 jam dari Kuopio ke Helsinki.

Kebetulan waktu sembahyang raya di Helsinki Islamic Center, Masjid Al-Huda terjumpa pulak Nieza dan suami, En Faizal. Excited bila pertama kali jumpa Nieza ni. Tambah pulak orang nya sangat baik dan peramah. Macam2 lah dapat cerita dengan Nieza, sebelum ni bertegur sapa dalam blog dan fb aje :)

Lepas sembahyang raya, kami ke rumah Nieza dan En. Faizal. Siap dihidang ketupat, rendang dan kuih muih lagi. Langkah kanan lah kami hari tu hehe :)

Sedikit gambar-gambar kenangan raya bersama kawan2 di Espoo. Memang meriah raya di sana, makanan pun macam-macam ada. Dari lemang, laksa, nasi dagang, nasi minyak, sambal goreng semua ada. Terima kasih kepada semua, memang seronok beraya beramai ramai macam tu :)

Berbanyak banyak terima kasih juga kepada Nieza dan En Faizal kerana sudi membawa kami sarapan, beli barang sampailah hantar kan kami ke train station untuk balik ke Kuopio. Harap2 dapat berjumpa lagi lain kali, insyaAllah :)

Terima kasih juga kepada Nieza untuk gambar2 raya yang saya copy dan letak di sini. Dapat lah buat kenang kenangan nanti :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Responses to “Kenangan Aidiladha di Helsinki dan Espoo”

  1. nieza says:

    wahhh terharu dengan n3 Ijan ni….memang seronok dapat jumpa Ijan, Zul dan Mikael..dah lama nak jumpa tapi tak kesampaian. Alhamdulillah kita dipertemukan di Masjid yg penuh berkat itu. Memng bertambah meriah raya dgn kehadiran tetamu jauh ni. Nanti jemputla dtng lagi umah kami sentiasa terbuka buat Ijan sekeluarga…salam buat zul dan peluk cium dr untie buat Mikael yer:D
    nieza´s last [type] ..Talam Suji Chef Zubaidah

  2. chik mimi says:

    Seronok kan jan dapat jumpa geng ,:)dulu masa p trip pun kalau jumpa orang melayu aje mmg menjerit sebab macam geng kita je hehehe walaupun depa dr Spore
    chik mimi´s last [type] ..Botol Muncung 3 Untuk Roti Jala For Sale

  3. farhana says:

    warghh k.ijan.. seronok nyer.. sy kt cn pun x celebrte pun coz x dpt blik kg…
    farhana´s last [type] ..day #1

  4. kzai says:

    salam ijan
    wah..cantik nya gmbr2 disini…begitu segak sihero kecik bergaya…seronok bila jumpa kwn2 sekapal diperantauan kan…peluk cium untuk mikael…muahhh…
    kzai´s last [type] ..Cucur Nasi Jejari Ketam

  5. kzai says:

    ijan…nasi kari ayam bila nk tayang..sempat x amik gmbr?…hehehe
    kzai´s last [type] ..Cucur Nasi Jejari Ketam

    • Salam kak Zai,
      akak, nasi kari ayam tu memang sedap. Tapi tak sempat ambil gambar sebab Faiz balik pun dah malam. InsyaAllah nak buat lagi lain kali, kami suka betul. Next time harap2 boleh ambil gambar dan letak resipi kat blog pulak. Apepun, terima kasih utk resipinya kak :)

  6. tun_telani says:

    tenang je nmpk bandar dia. xpergi jugak!! rasa akak lg meriah dr raya tun kat sini lah. huhu..
    tun_telani´s last [type] ..Terung Bakar @ Air Asam

  7. tun_telani says:

    eh.. typo..
    xpergi jugak!! => tun nak pergi jugak!! hihi
    tun_telani´s last [type] ..Terung Bakar @ Air Asam

  8. ramai gak yer orang m’sia yang duk helsinki tue, nampak cam nak fullhouse gak kak ijan makan2.. hehe, smart michael dlm gambar last tue

    tapi raya kak ijan tak out of the ordinary lagi, tengok lak camne kite sambut hari raya haji gaya oversea.. huhuhuhu
    samanosuke_04´s last [type] ..Hari Raya AidilAdha 2011 (Yang Agak Pelik!)

  9. HLiza says:

    Akak tumpang seronok tengok meriahnya Aidil Adha di sana..huhu..akak hampir tak sambut apa2..kecuali masak utk makan sendiri aje. First time akak dapat tengok wajah tuan punya blog betul2..comel-loteh orangnya ya.
    HLiza´s last [type] ..The Ipoh Mali Girl and Rambutan

  10. titan says:

    hoho..macam best aje nampaknya ye..
    titan´s last [type] ..Komisen ke 4 dari RO2.biz

  11. atiesygkamu says:

    wahh…bestnyer…
    bilelah kan atie leh sampai sane…ngeeee~
    atiesygkamu´s last [type] ..:: Rileks minda jappp ::

Leave a Reply

CommentLuv badge