Print This Recipe

Awal Januari lepas, saya dihubungi oleh seorang wartawan dari Majalah Wanita, Puan Mastura. Beliau bertanya sekiranya saya sudi berkongsi beberapa gambar dan resipi masakan untuk dimuatkan di ruangan Resipi majalah tersebut.
Majalah Wanita merupakan antara majalah terulung di Malaysia yang telah mencipta nama sejak tahun 1969 lagi. Konsep penulisan, penyampaian dan idea-idea yang sentiasa segar dan baru menjadikan Majalah Wanita sentiasa menjadi pilihan ramai.
Berasa berbesar hati dengan peluang yang diberikan, saya dan Faiz bersetuju untuk menerima tawaran dari Puan Mastura. Kami menyediakan empat resipi beserta gambar untuk dimuatkan di dalam ruangan tersebut iaitu: Resipi Kurma Kambing Tanpa Santan, Resipi Jemput-jemput Durian, Resipi Oven Fried Chicken dan Resipi Crispy Plum Tart.
Gambar-gambar dan resipi-resipi tersebut boleh di dapati di dalam Majalah Wanita keluaran Mac 2012, di muka surat 177-180.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Along Roz kerana sudi membenarkan kami menyenaraikan resipi Jemput-jemput Durian hasil nukilan beliau sebagai salah satu resipi pilihan.
Along sememangnya salah seorang blogger masakan yang tidak asing lagi dan kerap mengetengahkan pelbagai resipi menarik untuk dicuba. Semestinya resipi jemput-jemput atau cokodok durian ini menjadi kegemaran kami sekeluarga. Terima kasih kami ucapkan kepada Along.


Di kesempatan ini juga, saya dan Faiz ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Mastura dan Puan Normala iaitu Editor Majalah Wanita di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada kami. Kami berharap agar Puan Mastura dan Puan Normala berpuas hati dengan gambar-gambar dan resipi-resipi yang kami sumbangkan.
Kawan-kawan boleh mendapatkan Majalah Wanita keluaran Mac 2012 tersebut yang sudah mula berada dipasaran.
Semoga perkongsian ini mendapat keberkatan dari Allah SWT dan memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.
Terima kasih sekali lagi
Artikel yang dipaparkan disini adalah hasil nukilan Puan Mastura dengan kebenaran Majalah Wanita.



salam Ijan….TAHNIAH!!pasni kena cari majalah wanita lar(lom beli lg…:D).bangganya seorg demi seorg rakan blogger masuk majalah…
~azatie~´s last [type] ..Kuih Cara Manis
tahniah ijan.. !
arin´s last [type] ..“Saya Nak 10 sen”
tahniah ijan…tahniah tumpang gembira
semoga selepas balik ke Malaysia akan meneruskan blogresipi ini ya.
makcikmanggis´s last [type] ..Roti Kukus
Ijan..harus akak dapatkan. Lagi pun akk memang penggemar majalah ni.. Tahniah Ijan (^_^). Apa2 pun akk tetap penggemar gambo2 food Ijan juga..
sue´s last [type] ..Tak ada Kek ya.. But i like it..
As’salam Ijan, Alhamdulillah… sekalung tahniah dari k.ct juga. semoga apa yang dikongsikan selama ini didalam blogresipi,com ni mendapat keberkataan buat teman2 yang lain juga. Jangan lupa balik Malaysia masak2 juga ya
{CT}´s last [type] ..Kuih Bakar Pandan
Wei,
Tahniah bangat jae..Happy for you!
Tumpang bangga.hehehe
MariamBebakar´s last [type] ..Family Day – Kelab Keluarga C&C
Tahniah ijan teruskan berkarya ,you deserved it
Salam Ijan…Tahniah…!!!! Tahniah….!!!!!Tahniah…!!!!!!…Sue pun tumpang gembira dengan perkhabaran ini….
Sue@Nenie´s last [type] ..Donut Tofu Lembut
waaaah tahniah ijan! awak mmg superb abis!! bangga kami
yulie´s last [type] ..First Love – Adele
saya suka tengok gambar2 ijan… cantik sangat…makanan pun nampak sedap je…
terus masak2 eh….
nilam´s last [type] ..Aneh
kak ijan. excitednye
Tahniah !!
Gee®Â´s last [type] ..Kuih bakar jagung
Tahniah Ijan!!! Love you muahssssssssssss!!!!!
Tahniah Ijan. hopefully ada lagi di masa hadapan.
Cripy plum tart tu nampak sedap bebenor
Messy Mummy´s last [type] ..Tangkap Ikan & Happy Birthday Aleen…
Selamat pagi Ijan,
Sekalung tahniah dari akak. Semuga berjaya dan maju kehadapan. Amin
tahniah!!!
Salam kak Ijan,
Alhamdulillah, saya tumpang bangga. tahniah tahniah tahniah kak ijan. Semoag sentiasa maju jaya ye …. =)
Makin ramai blogger dah masuk majalah. Perkembangan yang bagus. Tahniah.
Hazila´s last [type] ..Grilled Clams with Sambal
Salam Ijan,
.
Tahniah!!!!! I dulu pun membesar dgn majalah Wanita, hehehe.
Memang patut pun diaorang pelawa Ijan sbb gambar2 kat blog Ijan sgt2 lah cantik nya
LG´s last [type] ..The fruit bowl
Salam ijan…. Tahniah, i will buy wanita march issue!:))
tahniah ijan.. akk tumpang gembira n rasa bangga.. byk rspi kwn2 blogger yg akk kenal dah mendapat tempat dimedia cetak.. tak berhentilah mulut akk potpet2 bercete dgn kwn2 kt skool.. hihihi…
zana´s last [type] ..KEK MARBLE TRIO
Assalam Ijan,
lama tak singgah sini..lately ni memang jarang bw dan update blog. Mcm-mcm hal ada. tahniah sekali lagi buat Ijan. saya tumpang gembira dgr berita ni..memang semua gambar ijan layak masuk majalah.semoga bertambah maju lagi di masa akan dtng ya…amin.
bila nak turun Helsinki?..boleh borong doyan lagi…:)
nieza´s last [type] ..Lawatan Kilang Coklat Fazer
Terima kasih Nieza. Teringin nak pergi Helsinki lagi. Entah bila pula berkesempatan. Kalau nak pergi saya tentu contact Nieza
wow, mantap arh kak ijan.. pasnie lagi femes laa blog nie.. murah rezeki.. huhu, *mood jeles*
samanosuke_04´s last [type] ..Comeback kali ke-4 PascaSPM!! Eff Yeahh!!~~
oit, makin femes dia ye sekarang. hehe
titan´s last [type] ..Ya. Gua Tahu..
Salam ijan,
Tahniah!majalah tu dah lama sangat cikmin tak beli..
semoga terus suksess ya ijan..hidup GMM!!
cikmin´s last [type] ..Wordless Wednesday #23 Pudar
teror arr ijan!
bukan sennag kan dpt offer cam tu
noriz´s last [type] ..My new Samsung smartphone
tahniah kak ijan.. bangga saya tgk akak…….Tahniah2x
Puan Fifiey´s last [type] ..BEFORE & AFTER
Salam Ijan,
Tahniah!
Alhamdulillah, rezeki tu. Bukan mudah nak dilamar majalah. Hepi sangat, sbb teman blog kita masuk majalah.
Moga sukses ya, Ijan dan blogresipi.
Jaga-jaga… nanti mesti ratus2 sedang online. jangan tak caya. hehe…
Salam ijan.. tahniah!
oven fried chicken tu mmg patut disebarkan hehe sama cam ayam kfc, tapi baked! Our favorite..
tahniah ijan..makin glamour la ijan lepas nie..hehehe
kayrul´s last [type] ..Potato Munchkins
Alhamdulillah, dah keluar pun majalah tu, nanti Along nak gi cari esuk. Tahniah sekali lagi dari Along atas usaha Ijan yg mendapat recognition dari pihak media. Resepi Along tu biasa2 jer, glad that your family enjoyed it.
AlongRoz´s last [type] ..Sambal Hitam Pahang
wahhhh..tahniah kak masuk majalah…weeee~
atiesygkamu´s last [type] ..:: Bos Belanja Makan-Makan ::
Congrats Izan. jap lagi kuar, sye pg beli majalah tu =)
Assalamualaikum,
Terima kasih atas ucapan kawan-kawan. Sangat saya hargainya. Kiitos paljon
Sekalung tahniah juga dari akak..
Semoga ianya menyuntik semangan untuk terus berblog dengan idea-idea yang lebih menarik lagi..
Azlita´s last [type] ..BUAH MELAKA PANCAWARNA
salam… kak ijaaaaaan.. harus beli nih mjlh wanita nih!! tahniah kak
hehehe
http://pludcorner.blogspot.com/2012/02/big-congrats-to-blogresepi.html
wah glamer.. glamer.. glamer la akak skrg..
congratss kak =p..
harus terus beli mag Wanita nih =p
iryani´s last [type] ..:: Sweet Sangat Lisa & Yusry Nih ::
Yayyyu kita sama2 keluar mag bulan Mac! You Wanita..I Jelita…heheh!
Your pics are gorgeous as always. Love guna old photos yang dah tak cun..kikiki.
Anyways congrats dear.
Love2cook´s last [type] ..Potato Puffs…♥
Alaaahaaaiii Ijaaan….apasai akak termiss entry Ijan yang nih…huhuu…sori la yeaa… Nak ucap jgk…tahniaaaaahhh setinggi2nya buat Ijan…teruskan berblog dan laju2 entry eh…akak tumpang bangga ibu semuda Ijan, terror di dapur dan rajin sangat!! Muaaahhh…