Print This Recipe


I got very excited when Pn. Mastura from Majalah Wanita requested a Rainbow Cake picture and recipe to be featured in the July edition. It was my very first time working on the many layers cake and I have to admit that it was not easy


I sent Mikael to school and spent quite many hours baking and decorating the cake. The clock seemed to move rather slowly as I anxiously waited to start the photography.
Faiz was there when I made the first cut, and there we were… smiling big to each other as we saw the layers beautifully laid in front of our very eyes. Owh, it made everything worth the wait


Many thanks to both contributors of the recipes. I included here the translated recipes in Malay as it was used for the magazine publication. Please visit the links below for the original recipes.

Resipi Kek Biasan Pelangi atau Rainbow Cake
Diterjemah dari:
Resipi kek: Epicurious.com
Resipi frosting: Martha Stewart
Saiz hidangan: 8-10 orang
Bahan-bahan:
Adunan kek:
2 1/4 cawan tepung kek
1 cawan susu segar, pada suhu bilik
6 telur putih (3/4 cawan), pada suhu bilik
1 sudu kecil ekstrak almond
1 sudu kecil ekstrak vanilla
1 3/4 cawan gula
4 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
160 gram besar butter (tanpa garam), lembut pada suhu bilik
Pewarna makanan: merah, oren, kuning, hijau, biru, dan purple
Adunan frosting:
1 1/4 cawan gula
5 telur putih, saiz besar
500 gram butter (tanpa garam), dipotong dadu bersaiz 1 sudu besar setiap satu dan dibiarkan lembut pada suhu bilik
1 sudu kecil esen vanila
250 gram coklat putih, dicairkan dan disejukkan
Cara-cara:
- Panaskan oven kepada suhu 1750C. Sediakan loyang bersaiz 7 inci dengan menggris sedikit butter diseluruh permukaan, kemudian dialas dengan kertas pembakar. Ketepikan.
- Satukan susu, putih telur, ekstrak almond dan esen vanilla ke dalam bekas yang bersesuaian dan kacau sebati dengan menggunakan garfu.
- Campurkan tepung kek, gula, baking powder dan garam di dalam mangkuk pengadun dan pukul dengan menggunakan pemukul elektrik pada kelajuan sederhana.
- Tambahkan pula butter dan pukul lagi pada kelajuan sederhana sehingga bahan kering dan basah bercampur sepenuhnya. Pada ketika ini, adunan mempunyai tekstur seperti crumbs.
- Ketepikan 1/2 cawan daripada campuran susu, putih telur dan ekstrak-ekstrak tadi, dan tuangkan bakinya ke dalam adunan tepung. Pukul pada kelajuan medium selama 1 1/2 minit. Kemudian, masukkan 1/2 cawan campuran susu yang diketepikan tadi dan pukul lagi selama 30 saat. Berhentikan proses mengadun seketika dan kaup (scrap) adunan kek di bahagian tepi mangkuk pengadun dan gaul rata bersama adunan yang lain. Pukul lagi pada kelajuan medium selama 20 saat.
- Bahagikan adunan sama rata kepada 6 bahagian. Tambahkan pewarna secukupnya kepada setiap bahagian dan kacau sebati.
- Masukkan setiap adunan kek ke dalam loyang yang berasingan dan bakar selama 15-25 minit atau sehingga kek masak. Kek boleh diperiksa dengan mencucuk satu lidi halus di bahagian tengah kek. Jika tiada sebarang adunan yang melekat pada lidi yang ditarik keluar, bermakna kek telah pun masak. Jika perlu, kek boleh di bakar secara bergilir gilir.
- Rehatkan kek selama 3 minit di dalam loyang sebelum di keluarkan. Sejukkan sepenuhnya kek di atas redai kek.
- Setelah semua kek siap dibakar, sediakan pula adunan frosting.
- Masukkan gula dan putih telur ke dalam mangkuk tahan panas. Dengan menggunakan kaedah double boiler, panaskan campuran sehingga semua gula mencair dan suhu 600C di capai. Campuran hendaklah di kacau selalu. Periksa suhu dengan menggunakan termometer yang bersesuaian.
- Kemudian, pindahkan campuran ke dalam mangkuk pengadun. Pukul pada kelajuan medium (atau tinggi) selama 10 minit, sehingga adunan menjadi kembang. Teruskan proses tersebut sehingga adunan menjadi berkilat dan stiff peaks muncul (bertanduk).
- Rendahkan kelajuan kepada perlahan (atau medium), dan tambahkan butter yang dipotong kecil tadi satu persatu. Pukul sebati selepas setiap kali tambahan butter. Kemudian, masukkan pula esen vanila dan coklat putih yang dicairkan dan disejukkan. Pukul sebati. Ketepikan sehingga digunakan nanti.
- Proses menyusun dan menghias kek boleh dilakukan apabila kek telah sejuk sepenuhnya.
- Dengan menggunakan pisau yang bersesuaian, potong bahagian atas kek supaya permukaannya menjadi rata dan cantik. Letakkan lapisan kek berwarna purple sebagai lapisan yang pertama, di atas cake stand. Letakkan 1/2 cawan frosting yang disediakan tadi di atas lapisan kek tersebut dan ratakan diseluruh permukaannya dengan menggunakan spatula. Ulangi proses tersebut dengan menggunakan lapisan kek bewarna biru, hijau, kuning, dan oren.
- Letakkan lapisan merah sebagai lapisan terakhir dalam posisi bottom-side up. Bersihkan permukaan kek daripada lebihan crumbs yang tidak diperlukan. Ambil sedikit frosting dan buat satu lapisan nipis di diseluruh permukaan dan bahagian tepi kek. Sejukkan kek di dalam peti ais selama 30 minit.
- Akhirnya, gunakan lebihan frosting tadi untuk diratakan diseluruh permukaan dan bahagian tepi kek. Gunakan spatula bersaiz besar untuk tujuan ini. Sejukkan kek di dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dipotong.



mmg full of suspen bila buat kek ni…tp berbaloi2 bila dh tgk dlmnya! your truly beautiful just like the rainbow..gud job!
umieaisyah´s last [type] ..Coconut Bread
Aslmkum ijan.
Mmg teruja tgk rainbow cake pepagi ni. Betul2 mengguda. Dah la pic pun cantik, lg lah menyerlahkankecantikan dan kesedapan kek tu.
sue´s last [type] ..Sabtu yang bz
Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh cantik sekali kek tu dear…not only cantik…but gorgeous! You’re so talented…photos are mindblowing!
Cute Mikael over there!
Love2cook´s last [type] ..My 3rd Blogoversary GIVEAWAY WINNERS are….
I just can’t believe my eyes seeing Mikael la Ijan! He’s so grown up…still remember the days he was born! Owh time just flies…
Love2cook´s last [type] ..My 3rd Blogoversary GIVEAWAY WINNERS are….
Salam Ijan….wah dah besar dah baby…hehe. Akak suka dengan kek nie terutama nya bila ada flavour pada setiap lapisan…sedap.
Sgt cntik kek ni k.ijan..mmg berbkat.secntik pelangii..mesti rasenyer pun sehebat rupanya…thniah k.ijan
emilia´s last [type] ..kek coklat moist lagi..
Kak ijan..sedapnya.. huk huk.. tapi takleh mkn .. kena diabetes dalam engandung.. kena control diet.. nanti kak ijan balik mesia .. buatkan dan ajak saya makan yer..:)
Puan Fifiey´s last [type] ..AHAD YANG LEMAU!!!!!
Salam Ijan. suka tengok kek pelangi Ijan buat ni…cantikkkk……gambarpun cantik……….
Mikael nampak ceria dpt mkn kek pelangi yg pasti yummmymmmm
mamasya´s last [type] ..Trip To Sharm El Sheikh (Pt 4 )- Cleo Park
Yummy cake & superb photography as usual. Gambar cantik2 tapi sayang the magazine blow it up too much sampai hilang sikit seninya. they should retain the original photos.
Liyana´s last [type] ..2012 vs. 1977
That is one of the most beautiful cakes that I have ever seen! Stunning! Great photography as usual!
Tessa´s last [type] ..Green Cauliflower Salad with Garlic Caper Vinaigrette
Salam kenal Ijan…what can I say…cantik…terpersona..:)
Nadira´s last [type] ..Motivasi Pagi
The prettiest rainbow cake I’ve ever seen!
Adam Birthday pun coming soon, and I think this is the best cake for him
Love your photos, as always.
ribbon Clown´s last [type] ..Chocolate Pear Tartlets
Look superb rainbow.. posto2.. hik3
nurmisnan´s last [type] ..Penawar mengurangkan berdengkur dan menguatkan minda
wah terliur tengok the prettiest rainbow cake yang pernah saya tengok. Keknya nampak kemas dan stabil je ^-^
Ditambah pulak dengan setting dan deco yang memang kena la utk photo ni.
Ada nak buat tutorial food styling tak?
Hi ! This cake looks fantastic ! I do not understand the language, so can you please tell me what type of tart tins did you use ? I mean how big and how many !
Thanks !!
Hi Tony!
Here is the recipe in english:
Cake recipe: http://www.epicurious.com/recipes/member/views/COOKS-ILLUSTRATED-WHITE-LAYER-CAKE-50017374
Frosting recipe: http://www.marthastewartweddings.com/224297/white-chocolate-buttercream
Ijan´s last [type] ..A guest post on La Kitchen: Molten Lava Cake for Ribbon and Circus
Thank you !!
salamz kak,
cantiknya.. last week pon saya buat kek pelangi nih.. tapi lain sikit resepinya.. nanti nak cube respi yang akak bg ni… cume nak tanya kak, leh tak akak advise saya sukat gune gram… tak pandai sukat gune cawan la kak…
cawan tu yang saiz camna eh?
akak satu lagi cantik nyer gambar ni… akak gune camera apa? suke sangat suke!!
Salam Zafi,
Terima kasih. Kak ijan gunakan sukatan cawan metrik semacam yang link di bawah ni. Kak Ijan rasa di Msia boleh dapat di supermarket atau kedai bakery
http://www.amazon.com/gp/product/B000RT85JW/?tag=heatipped-20
Tp jika Zafi nak gunakan sukatan grams, boleh convert amount tersebut berdasarkan website ini:
http://allrecipes.com/howto/cup-to-gram-conversions/
http://www.dianasdesserts.com/index.cfm/fuseaction/tools.measures/Measures.cfm
Kak Ijan guna kamera Canon EOS40, model lama saja. Cuma kak ijan pakai lens 50mm jadi mungkin membantu sikit bila ambil gambar
Good luck dengan baking2 ye
As salam kak ijan. wah kek pelangi itu sangatla menggiurkan…. waaa. syedap tuh. pic pon sgt cantek!
Ijan, seriously… everything looks perfect! the cake looks yummy sangat kot…
pretty pictures.. semualah mm suka.. teruja sgt tengok gambar2 huh..
job well done Ijan!
messymummy´s last [type] ..Happy Birthday Mok!!!
wow tergiurnya..lain ek resepi cream dia..tak yah guna cream cheese ek
Ya kak ina. Yang ini saya guna buttercream, bila potong kek pun tak kemek
[...] 1. Blogresepi (in Bahasa Melayu) [...]
wahhhh cantik nyer rainbow cake kak ijan…
geram sgt tgk kaler2 die…
anyway selamat hari raya kak…
thn nie beraya di m’sia ekk…
iryani´s last [type] ..:: Tempahan Kuih Raya Faridah Cookies ::
This cake looks beautiful but the recipe isn’t English, could i have it in English please
It is the best time to make some plans for the future and it is time to be happy. I’ve read this post and if I may just I desire to recommend you few fascinating issues or advice. Perhaps you can write subsequent articles referring to this article. I want to read even more issues about it!
Salam.. Nak tanya tepung kek awak guna tepung apa eh? Self raising flour ke? Pls respond asap.
Salam,
Saya guna tepung gandum biasa saja